Jadi ke raya 2022?
Jadi ke raya 2022? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nampaknya,
dari hari ke hari, dah nampak perningkatan kes covid dekat Malaysia ni. Selepas
sahaja habis cuti raya cina baru-baru ini, kes covid telah naik melepasi angka
10,000. Ini bukanlah jumlah yang perlu kita bangga kan pun. Namun, angka ini
mengusarkan ramai pihak terutamanya adakah PKP akan dilaksanakan semula?
Dah banyak
perkongsian di dalam laman sosial berkaitan beberapa gambar yang tular
memperlihatkan pihak berkuasa kini mula memasang khemah di beberapa lokasi. Ini
dikuatkankan lagi dengan jangkaan bahawa pkp mungkin benar akan dilaksanakan
kembali?
Bila mana
PKP kembali, maka ramai yang akan kembali berkurung di dalam rumah. Berkurung itu
bukanlah satu hal yang sukar kerana kita dah terbiasa berhadapan dengan PKP ini
selama 2 tahun kebelakang.
Namun yang
lebih mengusarkan adalah, pasti akan lebih ramai yang terkesan. 2 tahun sejak
bermula covid ini sahaja dah menunjukkan ramai yang terkesan. Dan jika PKP
kembali berulang tahun ini, pastinya jumlah yang sedia ada akan bertambah.
Harga barang
kini dah semacam tak terkawal. Nak beli telur pun rasa macam orang kaya (sebab
nilai makin tinggi). Ayam jangan ceritalah, lagi mahal + susah nak dapat
sekarang ini kan? Untung mereka yang duduk kampung (waktu ni rasa seronoknya
kalau duduk kat kampung kan?).
Dengan harga barang yang semakin meningkat, dan di tambah pula dengan ramai yang kehilangan pekerjaan, pastinya kita tak mahu perkara yang lebih buruk terjadi kan?
Melihat kepada
kes yang semakin meningkat, pastinya ramai yang yakin dengan keberkesanan
vaksin. Namun kini, dos pengalak sedang diberikan disebabkan oleh variant yang
semakin menganas.
Untuk isu
pengalak ini, sejujurnya aku masih belum bersedia. Ini termasuklah dengan
kelulusan pemberian dos ini kepada anak-anak. Terlalu banyak yang aku fikirkan
dan pastinya, aku tak mahu kesan yang aku rasai sewaktu menerima vaksin dahulu,
kini dirasai oleh anak-anak aku.
Kita
pastinya punya pendapat yang berbeza. Mungkin aku di anggap kolot oleh
sesetengah pihak. Namun anak bukan mudah nak dapat. Dan mereka adalah amanah
tuhan yang perlu aku jaga sebaik mungkin. Berpeganglah pada pendirian
masing-masing.
Akhir kata,
jadi ke raya tahun ini?
0 Comments