“Pelanggan lalu nampak kedai tutup” bahana sihir perniagaan

by - February 24, 2022

 

bahana sihir perniagaan

“Pelanggan lalu nampak kedai tutup” bahana sihir perniagaan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dua tiga hari ni, banyak betul cerita pasal sihir perniagaan lalu dekat media sosial. Semakin hari semakin ramai yang kongsikan cerita pasal sihir kedai ni. Dan boleh dikatakan, cara kedai mereka disihir, lebih kurang sama iaitu menggunakan duit syiling. Tak pasti, memang itu sahajakah sihir yang digunakan untuk buat kedai kita tak ada orang datang atau pelakunya adalah orang yang sama.

Tanda-tanda terkena sihir perniagaan.

Cerita pasal kedai kena sihir ni, biasanya satu-satu kedai tu mesti ramai orang sebelumnya dan secara tiba-tiba tiada langsung orang yang datang ke kedai mereka. Ada yang pelanggan dah datang, tapi nampak kedai tu tutup. Ada yang lauk pauk baru je masak, dah basi. Ada pulak yang dah lama masak, tapi makanan tak masak-masak. Dan yang lebih teruk, ada benda-benda kotor dalam makanan.

Ada juga cerita, berlaku keadaan yang pelik-pelik dalam kedai mereka. Bunyi guli secara tiba-tiba, bunyi-bunyi pelik (yang aku sendiri tak tau macam mana nak tulis). Ada juga keadaan barang yang beralih secara tiba tiba. Dan tak kurangnya, bau yang pelik.

Itu belum cerita pasal pemilik kedai yang jatuh sakit tiba-tiba. Rakan kongsi yang dahulunya baik, tapi tiba-tiba bergaduh tanpa alasan yang kukuh. Emosi yang tak menentu, nak marah, sedih tiba-tiba. Ada juga yang murung. Semua ini adalah kesan yang berlaku akibat daripada sihir perniagaan ini.

Jenis jenis sihir perniagaan.

Baik. Sihir perniagaan ini ada macam-macam. Dan yang paling kerap aku baca dan nampak adalah dengan menggunakan duit syiling. Duit syiling ni pulak adalah daripada jenis duit syiling lama (bukan syiling yang berkilat). Ianya samada diletakkan di bahagian tertentu kedai atau di letakkan di mana sahaja.

Untuk sihir menggunakan duit syiling ini, pemilik kedai biasanya tak akan sedar. Yelah, boleh jadi ianya kepunyaan pelanggan mereka. Namun, bila dibiarkan sahaja, barulah mereka sedar yang perniagaan mereka telah disihir pihak tertentu.

Ada juga jenis sihir yang menggunakan tanah kubur. Yang ini aku terbaca dalam media sosial juga. Jenis yang ini biasanya mereka akan taburkan keliling kedai. Kalau jenis kedai tengah tu, mereka akan taburkan bahagian depan dan bahagian belakang kedai. Pemilik kedai mungkin akan rasakan itu hanyalah tanah biasa.

Ada juga yang menggunakan bahan-bahan kotor seperti najis. Jenis yang ini aku pun tak pasti, tapi kalau tengok di youtube, memang banyak jenis yang ini. Dan pelbagai lagi lah.

Apa perlu buat jika kedai disihir?

Kalau Tanya aku, aku akan jawab, carilah mereka yang bijak pandai dalam hal ini. Boleh panggil juga anak-anak tahfiz, buatkan bacaan doa dan Yassin serta buatkan makan-makan buat mereka. Sihir hanya terjadi dengan izin Allah. Maka kepada Allah jugalah kita memohon pertolongan.

Kita mungkin sedang diuji oleh yang maha esa, maka jalan yang terbaik adalah pulang semula kepada yang maha esa. Jangan pernah putus asa memohon pertolongan darinya, insyaAllah, sebagaimana Allah mengizinkan si perlaku membuat sihir ke atas kamu, maka pastinya Allah juga akan mengizinkan kesembuhan di atas mereka yang terkena.



You May Also Like

1 Comments

  1. pernah juga dengar peniaga2 area wawa ni bagitau, ramai cakap kedai dia tuutp. padahal hari2 buka..

    ReplyDelete