Pengalaman pertama buat swab test covid
Pengalaman pertama buat swab test covid | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Alhamdulilah masih diberikan kesihatan dan kesempatan untuk menulis
di sini, di blog mrejoy.com. Baik! Hari ini aku nak kongsikan dengan korang, pengalaman swab test pcr. Ini adalah
pengalaman pertama aku! Sebelum ni Cuma buat saliva test jek, tup tup, hari ini
nama naik kena pergi buat pcr test! Aduhai!
Pengalaman buat swab test.
Nak dijadikan
cerita, syarikat tempat aku bekerja sekarang, sememangnya mewajibkan setiap
pekerja untuk buat saliva test, setiap awal minggu pertama kerja. Ini untuk
memastikan persekitaran tempat kerja selamat untuk semua.
Dan nak
dijadikan cerita, awal minggu hari tu, ada rakan sekerja kami yang positif
covid 19! Kena pulak memang aku ada berinteraksi dengan beliau. Kesudahannya,
nama aku naik hari ini dan diminta untuk buat swab test pcr.
Aku ni
kalau nak di ikutkan, memang sebolehnya tak nak ada apa-apa alat masuk dalam
tubuh badan aku. Kiranya aku bersyukur jugaklah tempat kerja buat saliva test. Kalau
dia buat pcr test, tak tahu la macam mana kan? Tapi dalam pada aku cuba untuk
lari, hari ini tersangkut juga.
Baik, nak
cerita sikit pengalaman swab test covid
19 ni, aku pergi dengan rakan yang memang dah banyak kali buat pcr test
(sebab rasanya dalam 2 ke 3 kali dia positif). Jadinya, disebabkan ini
pengalaman pertama aku, rasa takut tu memang menebal!
Kalau tengok
dekat laman sosial media, memang banyak cerita pasal kesan swab test ni. Aku tak mahu lah kongsikan dekat sini, tapi
rasanya ramai dah tahu kan? Jadinya semua benda tu sekarang bermain dalam
fikiran aku.
Dapat pulak
kawan-kawan jenis menyakat! Dikatanya swab
test pcr ni dicucuknya sampai ke dalam-dalam hidung! Lepas tu rasa perit! Lepas
tu, eh! Macam-macam! Eh! Dapat pulak aku ni jenis yang jauh berfikirnya, memang
tak “cool” la sekejap kan! Hahaha.
Oh! Lupa nak kongsikan yang aku buat swab test drive thru. Jadinya mudah! Tak perlu duduk dekat luar, boleh tunggu giliran kita dekat dalam kereta je.
Nak di
ikutkan, memang ramai yang kena buat swab test tadi. Bila sampai turn aku, rasa
takut masih ada, tapi apa nak di kata kan, nak tak nak kena buat juga. Aku pilih
untuk nurse tu ambil sample sebelah kanan lubang hidung.
Aku sendiri
pun tak pasti kenapa kanan, tapi terasa nak cakap macam tu dengan nurse. Jadinya
nurse tu rilek je, terus masuk lubang hidung sebelah kanan, pusing-pusing sikit
terus ok! Lah! Tak lama mana pun!
Macamana rasa swab test pcr ini?
Ok! Apa yang
aku boleh kongsikan, pcr test ni, dia Cuma rasa “geli” jek dekat dalam lubang
hidung. Sebab nurse yang buat tu, dia pusing tak lama mana pun. Tapi daripada
cerita kawan-kawan, ada juga yang sakit, sebab ada nurse yang cucuk terlalu
dalam dan lama! Kalaulah betul cerita mereka, aku kena bersyukurlah sebab aku
tak kena macam tu, hehehe.
Apa pun,
bersyukur pada yang maha esa sebab result aku negative. Result kawan-kawan lain
pun semuanya negative. Jadinya, kerisauan sebentar tadi hilang begitu sahaja. Alhamdulilah.
Dan pada rakan yang positif, aku doakan kalian cepat baik, dan dijauhkan
daripada wabak ini buat diri dan keluarga, aminnn ya Rabb!
0 Comments