Pertama kali dapat status “Kontak Kasual” dekat MySejahtera
Pertama kali dapat status “Kontak Kasual” dekat MySejahtera | Assamualaikum dan salam
sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesihatan yang baik buat diri dan
keluarga. Aku doakan juga, buat semua agar diberikan kesihatan yang baik buat
diri dan keluarga, aminn. Baik! Baru-baru ini, Mysejahtera aku “tiba-tiba”
bertukar menjadi kontak kasual ataupun lebih tepatnya lagi mysejahtera kontak kasual tidak bergejala!
Mysejahtera kontak kasual tidak bergejala!
Kita dah
berhadapan dengan wabak ini bermula penghujung 2019 hinggalah sekarang. Makna kata
dah hampir 2 tahun. Dan hampir 2 tahun jugalah MySejahtera aku tak pernah
berubah status. Nak kata tak keluar berjalan, aku hampir sama dengan rata-rata
rakyat Malaysia. Cumanya beza aku dengan segelintir yang lain, aku Cuma berjalan
dalam Malaysia je.
Dan buat
pertama kalinya, aku dapat mesej daripada 68808 (No MySejahtera kut) yang
mengatakan seperti ini:
MySejahtera: Please be informed that you have been classified as casual contact. Please remain calm and perform home monitoring assessment in MySejahtera.
Eh! Dah
kenapa tiba-tiba aku boleh kena kontak
kasual tidak bergejala ni? Bila aku baca di dalam laman sosial,
rupa-rupanya ramai juga yang “tiba-tiba” dapat mesej yang mengatakan mereka
juga dikategorikan sebagai kontak kasual
tidak bergejala ni.
Orait,
sebelum itu, nak beritahu ya, warna status
mysejahtera kontak kasual ini adalah warna kuning. Ada banyak sebenarnya
warna untuk setiap status. Dan warna yang paling ramai tak nak adalah warna
merah. Kalau warna merah, mereka di sahkan positif covid. Harapnya rakan-rakan
pembaca blog mrejoy.com dijauhkan daripada wabak ini ya, aminnn.
Maksud mysejahtera contact kasual tidak bergejala
Orait, aku
kongsikan sedikit, kenapa status MySejahtera kita boleh bertukar kepada contact
kasual tidak bergejala. Bagi mereka yang dapat status ini di MySejahtera,
pertama sekali, tak perlu risau apa-apa. Ini adalah kerana, status ini
diberikan kerana kita berkemungkinan terdedah kepada individu lain yang
dijangkiti wabak covid.
Kena faham
di antara status kontak kasual tidak
bergejala dengan Kontak rapat atau close contact ya! Kalau kontak rapat,
mereka ini dah dikenal pasti terdedah dengan individu yang dah dijangkiti wabak
covid ni. Kalau kontak kasual, mereka “mungkin terdedah”. Makna kata boleh jadi
terjangkit, boleh jadi juga tidak. Dan hampir kebanyakkan yang aku baca dalam
laman sosial, mereka tidak berjangkit sama sekali.
Namun, yang
merisaukan adalah, tiada data detail mengenai lokasi yang sebenar yang
membuatkan status MySejahtera kita berubah kepada kontak kasual tidak bergejala.
Cuba bayangkan,
kalau ada 10 kawasan yang kita pergi sebelum itu dan kita tak tahu lokasi yang
mana satu, kan susah jadinya nak meneka! Kalau dalam status mysejahtera kita
ada 1 lokasi sahaja, mudah la sikit kan?
Apa pun,
untuk status kontak kasual tidak
bergejala ini, kita masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Boleh bekerja
seperti biasa, semuanya seperti biasa. Namun, kita perlu menjawab status
kesihatan kita setiap hari selama 10 hari. Dan selepas daripada itu, status
Mysejahtera kita akan kembali kepada Low risk.
Apa pun, semoga kita semua diindungi daripada wabak ini. Harapan aku agar penyakit ini kembali di angkat dan kita akan hidup seperti biasa kembali, aminnn.
0 Comments