facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy

 

tuntutan mysalam untuk covid 19

Buat tuntutan Mysalam jika anda bekas pesakit Covid19 | Assalamualaikum dan salam sejahtera. baru-baru ini aku ada dapat mesej berkaitan Mysalam. Katanya aku layak untuk buat tuntutan mysalam pesakit covid. Pelik juga, sebab tak tahu pun boleh “claim” dengan mysalam ni. Dan tak fikir panjang, terus masuk ke laman web yang diberi dan isikan data yang diperlukan dan tunggu tuntutan ini diluluskan.

Tuntutan mysalam 2022

Bercerita mengenai mysalam ini, bagi mereka yang menerima bantuan prihatin rakyat (BPR), maka korang secara automatiknya layak menerima manfaat daripada mysalam ini. Tuntutan bukan sahaja untuk covid malah ada banyak lagi antaranya adalah penyakit kritikal. Namun dalam perkongsian aku kali ini, aku Cuma kongsikan tuntutan mysalam untuk covid 19 sahaja.

Untuk kes aku, aku buat tuntutan mysalam bagi kuarantin di rumah. Sebabnya, aku diminta untuk kuarantin dirumah selama 7 hari (bagi yang lengkap vaksin katanya).  Namun, di dalam borang tuntutan, kita di minta untuk isikan nama hospital berkaitan. Mulanya aku risau juga, boleh ke buat tuntutan jika kita sekadar kuarantin di rumah?

Di dalam bahagian “soalan lazim” yang ada di dalam laman web mysalam, pada no 29 ada dinyatakan di mana ada soalan:

Adakah diagnosis atau rawatan berkaitan COVID-19 perlu dijalankan di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang disenaraikan melalui laman web mySalam sahaja?

Dan jawapannya tidak. Manfaat pengantian pendapatan akan dibayar jika korang dimasukkan di hospital atau pusat kuarantin yang ada kemudahan hospital serta pusat kuarantin yang tidak mempunyai kemudahan hospital atau kuarantin di rumah (home quarantine).

Ha, Nampak tak? Kalau korang disahkan sebagai pesakit covid dan diminta atau telah menjalani kuarantin selama 7 atau 14 hari, maka korang layak untuk membuat tuntutan mysalam covid 19!

Tuntutan mysalam covid berapa lama?

Mengikut info yang dikongsikan di dalam laman web mysalam, proses tuntutan adalah 10 hari bergantung kepada dokumen yang korang bagi. Jika lengkap, maka cepatlah prosesnya. Jika tidak, ianya mungkin akan memakan masa yang lebih lama.

Dan jika tuntutan mysalam lulus, pembayaran akan dibuat dalam masa 2 hingga 3 hari bekerja. Bayaran tuntutan sehari adalah sebanyak RM50. Dan mengikut pemahaman aku, jika korang kuarantin selama 7 hari, korang akan memperolehi bayaran tuntutan sebanyak RM350.

Proses tuntutan mysalam covid.

Bagi korang yang ingin membuat tuntutan mysalam untuk covid 19, korang boleh layari laman web ini : https://www.mysalam.com.my/b40/info/

Kemudian pergi pada bahagian tuntutan :

tuntutan mysalam untuk covid 19

Kemudian klik pada bahagian Penyerahan Tuntutan:

tuntutan mysalam untuk covid 19


Dan pada bahagian bawah sekali, klik pada bahagian Tuntutan Hospitalisasi:

tuntutan mysalam untuk covid 19

Isikan maklumat yang diperlukan kemudian tekan hantar.

Dan berikut merupakan Dokumen yang diperlukan bagi membuat tuntutan mysalam covid

tuntutan mysalam untuk covid 19

Baru beli camera mirrorless fujifilm x-t200 malaysia

Baru beli camera mirrorless fujifilm x-t200 malaysia | Assalamualaikum dan salam sejahtera. alhamdulilah, masih diberikan kesihatan diri dan keluarga, alhamdulilah. Orait, ni nak cerita sikit, yang sebenarnya, dah lama juga plan nak cari kamera mirrorless terbaik 2022 ni, banyak jugalah senarai yang ada. Semalam ada rezeki lebih sikit, kita pun keluarlah mencari kamera. Plan asal macam nak mencari Sony A6000, tapi disebabkan Melaka ni, tak banyak sangat kedai kamera, jadinya terjumpa camera mirrorless fujifilm x-t200, teruslah beli tanpa fikir panjang!

Kenapa beli camera mirrorless fujifilm x-t200?

Susah juga nak menjawab soalan ini, sebabnya secara jujurnya, aku pun tak tahu apa-apa pasal kamera ni. Waktu beli semalam, penjual tu suruh aku test, aku jawab, ha ok je. Tak perlu test. Walhal, aku tak tahu, apa benda yang nak di test? Dan apa yang perlu di tekan?

Hahaha. Ini memang jawapan jujur ni. Aku Cuma tahu tekan untuk ambil gambar je! Bila aku pegang camera mirrorless fujifilm x-t200, eh! Punya banyak button dekat kamera ini (ya, aku tahu, kamera pro agi banyak button dia) tapi macam yang aku cakap, aku ni bukan tahu apa pasal kamera pun. Kiranya ini model pertama aku la!

Dan menjawab juga soalan, kenapa pilih kamera Fujifilm berbanding kamera lain yang lebih “top”, jawapan aku sebabnya kamera ini klasik! Hahaha. Baru lah Nampak macam wow sikit kan kalau pakai Fujifilm ni lebih-lebih lagi fujifilm x-t200 ni, hehehe.

kamera mirrorless atau dslr

oh ya! Sebelum itu, kamera yang aku beli ini adalah kamera mirrorless. Dan kalau korang search dekat youtube kamera mirrorless terbaik Malaysia, korang akan jumpa macam-macam kamera dan salah satunya adalah daripada jenama Fujifilm ni.

Kamera mirrorless ni boleh aku katakan menjadi pilihan ramai ketika ini. Ini adalah kerana saiznya yang lebih kecil serta ringan. Tak macam kamera dslr yang lebih besar serta berat. Cuba bayangkan kalau korang nak heret kamera ini ke hulu dan ke hilir, mahu jatuh bahu korang nanti, ok! Aku bergurau, hehehe. Tapi itulah hakikatnya dslr, berat!

Baru beli camera mirrorless fujifilm x-t200 malaysia

kamera mirrorless Fujifilm

aku nak cerita lanjut, aku pun tak habis explore lagi pasal kamera ni. Cumanya aku ada buat research tentang mirrorless camera lenses Fujifilm, dan ada beberapa lens yang masuk dalam target aku. Kitlens pun sebenarnya dah cantik, dah cukup dah untuk pemula macam aku ni, tapi itulah, minat aku lebih pada street photography dan portrait, dan untuk join dalam kategori ini, kenalah cari lens khas untuk nya.

Apa pun, semoga aku tak hangat-hangat taik ayam la ye! Hahaha. Sebab jenis aku, beli lepas tu simpan. Sebenarnya macam lebih rasa puas bila dapat beli. Dan bila dah beli, mulalah lupa! Tapi, eh! Takkan nak simpan je kan, benda bukan murah oi! Hahahha

Aku nak nak share dengan korang ayat yang membuatkan aku tak fikir panjang dan terus beli kamera ini, dan ayat inilah yang sebenarnya membuatkan aku fikir macam-macam:

Find 3 hobbies :

One to make money

One to keep you in shape

One to keep you in creative

 

Akhirnya! Pengeluaran kali terakhir KWSP berjumlah RM10,000 dibenarkan

Akhirnya! Pengeluaran kali terakhir KWSP berjumlah RM10,000 dibenarkan! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. alhamdulilah, masih diberikan kesihatan yang baik buat diri dan keluarga, alhamdulilah. Baiklah, rasanya ramai pun yang dah tahu bahawa Perdana Menteri baru sahaja mengumumkan pengeluaran kwsp 10k one off dibenarkan! Pastinya ramai yang bersyukur dengan pengumuman ini kan?

Tak perlu melihat pada orang lain juga, aku sendiri merasa sangat gembira dengan berita pengeluaran kwsp 2022 terkini. Setelah didesak oleh pelbagai pihak, pada awalnya,ramai yang menjangkakan tidak akan ada lagi pengeluaran kwsp memandangkan sudah 3 kali pengeluaran kwsp di buat iaitu:

Akhirnya! Pengeluaran kali terakhir KWSP berjumlah RM10,000 dibenarkan

Dan menyambut berita Pengeluaran kali terakhir KWSP berjumlah RM10,000, dicampur dengan pengeluaran sebelum ini, jumlah keseluruhan pengeluaran kwsp adalah berjumlah RM31,000 !Ini pastinya bukanlah jumlah yang sedikit kan?

Namun, walaupun jumlah pengeluaran setakat ini sangat besar, ianya sememangnya membantu ramai orang yang terkesan kerana PKP yang berlaku di Malaysia. Dan tidak terlalu kasar untuk aku katakan, sehingga ke hari ini, masih ramai yang terkesan.

Dengan jumlah besar mereka yang dibuang kerja kerana terkesan dengan PKP, di tambah pula dengan ribuan graduan yang turut sama mencari kerja, ini sememangnya menjadi cabaran yang sangat luar biasa.

Nak mencari kerja sekarang ini bukan macam dulu. Ada pengalaman belum tentu dapat kerja. Nak jual sijil yang ada, rata-rata graduan hari ini, paling tidak ada diploma. Cuba bayangkan mereka yang dah dibuang kerja tu, Cuma ada sijil sahaja.

Jadi, Pengeluaran kali terakhir KWSP berjumlah RM10,000 sememangnya sangat diperlukan ramai orang ketika ini. Ada yang ingin menggunakan ianya sebagai modal permulaan perniagaan. Ada yang ingin menggunakan untuk melangsaikan hutang, dan ada juga yang ingin digunakan untuk meneruskan kehidupan.

Namun, dalam ucapan perdana menteri Malaysia semalam, berkenaan pengeluaran kwsp terkini ini, beliau menasihatkan agar pencarum berfikir dahulu samada ingin mengeluarkan atau tidak. Ini adalah kerana, kegusaran beliau berkenaan simpanan hari tua pencarum memandangkan jumlah keseluruhan yang telah dikeluarkan cukup besar.

Namun bagi aku, aku lebih suka jika ada “cash” di dalam tangan. Benar, simpanan ini untuk hari tua. Ianya mungkin memakan masa 15 hingga 20 tahun daripada sekarang. Dan dalam ketika ini, simpanan tunai adalah sangat penting. Jadi aku memilih untuk keluarkan semaksima mungkin dan jadinya ianya sebagai simpanan kecemasan.

Itu pendirian aku, dan mungkin pendirian kita tidak sama. Tepuk dada, Tanya selera ya!

personal loan rhb bank

Personal loan : Bagus atau tidak? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Personal loan. Rasanya tak perlu diceritakan lebih detail sebabnya ramai rasanya sekarang ini yang buat personal loan. Dan yang paling mudah sekali (bagi aku la) adalah personal loan rhb bank. Sebabnya dekat mana-mana kita boleh jumpa kiosk RHB bank ni kan? Dan urusan nya juga cukup mudah. Dekat situ juga kita boleh dapat keputusan sama ada loan kita lulus atau tidak dan berapa jumpa yang kita dapat.

Kebaikan dan keburukan personal loan.

Di antara kelebihan atau kebaikan personal loan adalah, kita boleh dapat duit dengan segera. Dan jika duit tersebut mahu digunakan untuk perniagaan atau sebagainya, ianya sudah pasti sesuatu yang bagus.

Selain itu, personal loan juga biasanya digunakan untuk kes-kes kecemasan seperti perubatan. Tak siapa yang mahu sakit kan. Namun ada perkara yang tidak boleh kita elakkan seperti kemalangan. Dan dalam situasi ini, ada yang memerlukan perbelanjaan yang besar. Dan ada sesetengah daripada kita yang tiada simpanan yang besar. Jadi personal loan adalah penyelesaiannya.

Namun ada juga yang buat personal loan untuk perkara-perkara lain seperti renovation rumah, beli kenderaan atau pergi melancong. Ada juga yang aku pernah jumpa, buat personal loan sebab suka-suka je! Bukan ada sebab lain pun, saja je nak buat loan, haish!

Memang benar tidak ada salahnya. Namun tahukah semua, personal loan boleh menjadi mimpi ngeri? Data menunjukkan, ramai orang mudah yang muflis disebabkan personal loan. Bila dapat jumlah pinjaman yang besar, bayaran bulanan pastinya besar. Dan bila tak dapat bayar bulanan, itu yang ramai jatuh muflis tu.

Cuba tengok PKP yang berlaku dalam 2 tahun kebelakangan ini. Berapa ramai yang dah hilang pekerjaan. Dan mungkin di antara mereka ada yang buat personal loan. Dah hilang pekerjaan, macamana nak bayar hutang kan? Ini lah perkara yang paling menakutkan sebenarnya.

Personal loan calculator Malaysia.

Cukup setakat itu penjelasan aku mengenai Kebaikan dan keburukan personal loan. Dan buat mereka yang tertanya-tanya berapa bayaran/bulan bagi setiap nilai pinjaman personal loan ini, korang boleh sahaja search personal loan calculator Malaysia. Ini adalah kiraan kasar bagi bayaran bulanan personal loan.

Tapi untuk kadar bayaran yang lebih tepat, korang search jek rhb personal loan repayment table (mengambil contoh personal loan rhb bank). Dan bayaran bagi setiap bank berbeza ya. Ikut pada bank mana yang korang buat loan. Kalau maybank, search table repayment maybank dan begitulah sebaliknya.

Cara nak apply personal loan rhb.

Bagi mereka yang ingin membuat personal loan RHB, aku kongsikan beberapa cara mudah untuk korang.

#1. Pergi ke kiosk berdekatan korang. Macam contoh di Melaka, ada di aeon bandaraya Melaka dan Mydin Mitc Melaka.

#2. Untuk mudahkan urusan, korang print siap-siap slip gaji 3 bulan dan penyata kwsp bagi tahun 2021 dan 2022. Atau boleh juga korang download penyata kwsp ini dan simpan siap-siap dalam HP.

#3. Pegawai bertugas akan periksa kelayakan korang dan beri keputusan waktu itu juga. Berapa amaun pinjaman yang korang akan dapat.

#4. Namun, korang perlu tunggu juga dalam sehari dua untuk duit masuk ke dalam akaun korang. Ini bagi memberi ruang pihak di HQ untuk buat verification.

#5. Selesai.

Syarat kelayakan personal loan rhb bank.

Bagi menjawab soalan syarat kelayakan untuk buat personal loan ni, bagi personal loan maybank, gaji bersih mestilah RM3500 (Ini kena periksa dari semasa ke semasa) sebab last aku check, kena gaji bersih RM3500.

Dan bagi RHB bank, tak silap gaji bersih mesti RM3000. Tapi itu yang aku baca dalam laman web. Korang boleh je cuba submit dulu dokumen dekat RHB. Cuba tak salah. Lulus itu rezeki. Tak lulus kita cuba lagi, hehehe.

Senarai checklist sebelum masuk rumah baru

3 perkara penting yang perlu dilihat sewaktu melakukan pemeriksaan memasuki rumah baharu | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ahamdulilah, masih diberi kesihatan yang baik buat diri dan keluarga, alhamdulilah. Baik, dalam sehari dua ni, ramai kawan-kawan yang nak masuk rumah baru. Rezeki mereka sebab dapat memiliki rumah sendiri. Dan bila cerita pasal masuk rumah baru ini, pastinya topik apa yang perlu diperiksa ketika buat pemeriksaan rumah menjadi topik paling utama!

Kenapa perlu periksa rumah sebelum masuk rumah baru?

Mungkin ada yang belum jelas mengenai hal ini. Ramai yang berpendapat bahawa, rumah baru pastinya tiada masalah yang besar seperti rumah lama. Mungkin kerana rumah baru belum ada yang duduk, jadi pastinya semuanya berkeadaan sangat baik, dan ternyata tanggapan ini salah sama sekali.

Berdasarkan pengalaman aku, rumah baru juga ada masalahnya yang tersendiri. Sebagai contoh, tiles rumah yang tertanggal daripada dinding bilik air. Ada juga masalah bocor dalam dinding, tiles lantai yang kosong dan pelbagai masalah lagi.

Dan berdasarkan pengalaman lepas, kali ini aku akan cuba kongsikan dengan semua beberapa senarai checklist sebelum masuk rumah baru dan aku harap, ianya sedikit sebanyak membantu rakan-rakan yang akan memasuki rumah baru ini ya.

Senarai checklist sebelum masuk rumah baru

Baik, aku pecahkan kepada 3 bahagian utama, senarai perkara yang perlu diperiksa ketika masuk rumah baru.

#1. Pemeriksaan general.

Pemeriksaan general ini maknanya, yang biasa orang akan periksa sewaktu masuk rumah baru.

Pintu dan tingkap - untuk bahagian pintu, korang kena periksa bahagian engselnya dalam kondisi yang baik atau tidak. Ada sesetengah pemilik rumah akan tukar skru pada bahagian pintu, katanya untuk lebih safety. Untuk bahagian tingkap, periksa bahagian lock tingkap, pastikan dalam keadaan yang baik dan tidak mudah tercabut. Cermin tingkap juga pastikan di dalam keadaan yang baik.

Kunci pintu utama dan semua bilik -  seterusnya, periksa semua kunci yang diberikan. Adakah dalam keadaan yang baik. Kerana ada kes yang mana, kunci yang diberikan tidak boleh digunakan. Tidak pasti, kunci itu yang bermasalah atau salah kunci.

Dinding – untuk bahagian dinding, perkara paling utama kena periksa adalah jika terdapat kesan retakan sama ada kecil atau besar. Selain itu, periksa jika terdapat kesan kebocoran air. Untuk bahagian ini, kena rasa pada bahagian dinding, kalau rasa lembab je confirm dinding tu bocor.

Lantai rumah – seterusnya adalah lantai rumah. Periksa tiles pada bahagian lantai dengan mengetuk lembut. Jika bunyi kosong, jangan pulak anggap bawah tu ada emas ya! Kalau kosong, ini bermakna simen tidak cukup dan perlu panggil pemaju untuk betulkan semula. Bahayanya tiles kosong jika dibiarkan adalah, takut nanti boleh jadi kejadian tiles pecah dengan sendirinya!

Siling rumah – pastikan bahagian siling rumah berada di dalam keadaan yang baik dan tidak bocor. Dan pastikan sambungan siling tidak ada renggang.

#2. Pemeriksaan sambung air (paip).

Sebelum melakukan pemeriksaan ini, perlulah di pastikan sambungan air telah di buat ya! Ha, jangan tak tahu, sebelum masuk rumah baru, kenalah buat pendaftaran dengan syarikat air. Korang boleh search entry rakan-rakan blogger yang ada cerita pasal masuk air rumah baru ini ya!

Kepala paip dan sambungan – pastikan kepala paip berfungsi dengan baik dan tiada kebocoran. Dan pastikan juga sambungan paip juga berada di dalam keadaan yang baik. Untuk kes rumah aku, bahagian “main” sambungan air bocor.

Tekanan air -  tekanan air juga sangat penting. Jika tekanan air rendah, mungkin ada masalah dengan sistem paip di rumah.

Mangkuk tandas – cuba pam tandas berulang kali untuk pastikan ianya berfungsi dengan baik. Boleh juga gunakan tisu yang dimasukkan ke dalam mangkuk tandas dan pam.

Singki dan pancuran air bilik mandi – bukak air dan lihat samada ianya berfungsi dengan baik untuk bahagian singki. Dan untuk pancuran air pula, pastikan air yang keluar tidak kecil dan tidak sesetengah bahagian sahaja.

#3. Pemeriksaan elektrik rumah.

Sama juga dengan cerita pemeriksaan air tadi, elektrik juga perlu di register sebelum masuk rumah baru. Untuk cerita lebih detail mengenai hal ini, korang search sahaja di goggle masuk elektrik rumah baru, banyak rakan-rakan blogger yang dah kongsikan mengenai cerita ini.

Punca kuasa elektrik -  perkara pertama yang perlu diperiksa adalah sambungan elektrik di rumah. Periksa semua socket elektrik yang ada di rumah untuk pastikan ianya berfungsii dengan baik.

Sambungan elektrik – untuk bahagian ini, perlu panggil mereka yang pakar untuk periksa sambungan elektrik di rumah.

Lampu dan kipas – ketika masuk rumah baru, pastinya korang akan pasang 2 benda ini kan. Selepas sahaja selesai pasang, cuba dahulu keduanya untuk pastikan semuanya di dalam keadaan yang baik.

Oklah, rasanya setakat itu sahaja perkongsian aku mengenai Senarai checklist sebelum masuk rumah baru. mungkin Nampak macam leceh tapi ketahuilah perkara ini sangat penting. Sebabnya, bila kita masuk rumah baru, segala kerosakkan masih dibawah tanggungjawab pemaju. Jadi, jika ada kerosakan, kita tak perlu keluar apa-apa kos. Semoga perkongsian ini dapat membantu korang ya!

 

insurans banjir kenderaan

Tolonglah ambil insurans bencana alam! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kebelakangan ini, banyak tempat yang naik banjir. Sampaikan ada kawasan yang dah terlalu lama tak banjir, boleh jadi banjir. Semuanya adalah kerana taburan hujan luar biasa yang kini berlaku di Malaysia. Namun, di sebalik kejadian bencana alam ini, bukan sahaja harta benda seperti alatan rumah dan sebagainya rosak, kenderaan juga mengalami kerosakan teruk! Dan disinilah pentingnya insurans banjir kenderaan!

Tuntutan insurans banjir

Kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini memperlihatkan syarikat insurans berdepan tuntutan banjir hampir RM3 Billion! Itu mereka yang dah awal-awal ambil insurans banjir untuk kereta. Cuba bayangkan mereka yang tak ambil insurans untuk cover banjir ni.

Melalui perkongsian di dalam laman sosial, seorang pengguna kenderaan berkongsi kos untuk membaik pulih kenderaan yang baru dipakainya beberapa bulan hampir mencecah puluhan ribu ringgit. Cuba banyangkan kalau tak ada insurance dan kita kena keluar duit sendiri. Ish!

Aku nak bercerita lanjut mengenai insurance untuk banjir pun, tak berapa nak mahir sangat kerana aku bukanlah agent insurance, namun, belajar daripada isu yang berlaku ini, sudah ramai yang membuka mata kepada pentingnya untuk mengambil insurance ini kerana tak siapa tahu apa yang bakal terjadi.

Insurance kereta tidak sama dengan insurance bencana alam!

Mungkin ramai yang berfikir, insurance kereta kita cover untuk semua, tapi ternyata ramai yang silap. insurans cover banjir perlu di tambah sewaktu kita “renew roadtax”.

Untuk insurance bencana alam ini, ianya bukan sahaja merangkumi banjir sahaja, malah kejadian bencana alam yang lain seperti tanah runtuh, pokok tumbang (dan merosakkan kenderaan) dan sebagainya.

Ambil contoh harga insurance kenderaan biasa yang perlu kita bayar adalah RM800. Dan jika kita mahu ambil insurans banjir kenderaan, kita perlu tambah lebih kurang RM100 (harga ini mungkin berubah). Dan insurance inilah yang akan cover jika kenderaan kita terlibat dengan kejadian .

Cara claim insurans kereta banjir.

Baik, dah tahu kan tentang insurans banjir untuk kereta? Sekarang aku kongsikan pula cara macamana nak claim kereta banjir.

#1. Kena ambil gambar bukti kejadian. Dan catatkan masa serta lokasi kejadian tersebut. Pastikan sewaktu ambil gambar kenderaan itu, Nampak no plat kenderaan korang.

#2. Buat laporan polis sebabnya pihak insurans pasti akan minta laporan polis. Dan jangan ambil masa yang terlalu lama ya untuk buat laporan polis. Jangan sampai seminggu baru nak buat laporan polis. Tak silap report polis mesti di buat dalam tempoh 48 jam sahaja.

#3. Jangan sesekali hidupkan enjin kereta anda. Cuba bayangkan kereta dah tengelam banjir. Boleh jadi ada bahagian kereta termasuk enjin yang dah di masuki air. Kemudian korang hidupkan enjin pulak, terus jammed! Jadi pastikan jangan sesekali hidupkan enjin kereta ya!

#4. Proses terakhir adalah, tow kereta korang ke bengkel yang ada cover insurans kereta banjir ni. Ini untuk mempercepatkan lagi proses claim insurans kereta banjir.

Apa perlu buat jika terkena covid

Apa perlu buat jika terkena covid? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. alhamdulilah, masih diberikan kesempatan dan kesihatan yang semakin baik, alhamdulilah. Selepas sahaja “pulih” daripada covid, ramai sebenarnya yang bertanyakan apa simptom covid 19 omicron ini. Macam aku, aku berada di dalam kategori 2, jadinya simpton aku adalah demam dan batuk. Dan simptom covid mengikut hari, contohnya hari pertama tu demam, kemudian hari kedua beransur pulih namun masih batuk sehinggalah hari ke tujuh kuarantin di rumah, masih juga batuk.

tanda2 awal terkena jangkitan covid.

Menjawab beberapa pertanyaan rakan-rakan, apa tanda awal terkena jangkitan covid, pada mulanya aku sakit tekak. Dalam seminggu awal tu, memang dah rasa tak selesa pada tekak. Macam dah mula nak perit. Tapi aku pada awalnya memang ambil strepsil. Sebab dari dulu, kalau mula nak sakit tekak, memang awal-awal dah ambil strepsil.

Dan pada hari sabtu, aku mula demam. Demam yang rasanya, bukan demam biasa, sebab semua sendi sakit. Lenguh di semacam! Terbaring je tak macam demam biasa, boleh lagi buat kerja, ini dia tangkap semua sendi. Dan sehari jugalah terbaring. Ini bila rasa demam yang luar biasa ini, dalam fikiran aku waktu itu, mungkin inilah tanda tanda awal jangkitan covid 19!

Hari ahad, demam aku mula kebah tapi masih batuk. Tapi waktu ini aku belum buat swab test lagi. Sebab rasa macam ok je waktu itu. Masuk hari isnin, aku masih juga batuk dan tak mampu nak kerja waktu itu, jadinya terpaksa ambil cuti, dan waktu itu, katanya rakan sekerja ada yang positif, dan mahu tak mahu, terpaksalah buat test, dan aku disahkan positif covid 19.

Dan begitulah cerita jika ada yang Tanya, apa tanda awal kena jangkitan covid ini, mulanya aku sakit tekak, kemudian aku demam dan akhirnya batuk sampai ke sudah, tak elok-elok batuknya. Aduhai!

jangkitan covid melalui udara.

Dan jika diingatkan balik, rasanya aku terjangkit melalui udara. Hari sebelum aku demam tu, memang seharian aku duduk dalam bilik tertutup dengan penyaman udara yang sangat sejuk! Bilik kecik, ramai pula keluar masuk, dan mungkin salah seorang rakan yang dah terkena jangkitan covid ini masuk dan menjangkiti orang lain.

Itu tafsiran awal aku macamana boleh terjangkit covid ni. Sebab memang last aku ingat, hari sebelum aku demam tu, seharian aku duduk dalam bilik tu. Kalau aku duduk di merata tempat, memang agak susah juga lah nak teka aku terjangkit dari mana kan.

Apa perlu buat jika terkena covid?

Eh! Ini soalan pun ada yang Tanya, aduhai! apa perlu buat jika terkena covid? Jawapannya adalah, pertama sekali jangan panik. Sebab ada orang, dia jadi panik memikirkan macam-macam benda! Jadi benda pertama jangan panik. Kemudian tengok balik diri korang, apa simptom yang ada. Macam aku demam dan batuk. Ada orang demam, batuk dan selsema. Ada juga yang hilang deria rasa dan bau. Jadi tengok diri korang, sebab simptom orang lain-lain. Tapi semua ini adalah di antara tanda korang dah dijangkiti covid ya!

Kemudian apa perlu buat jika ada simptom covid 19? Perkara pertama adalah, buat saliva test atau kalau nak lebih tepat lagi buat PCR test terus. Dekat ini adalah cara mengetahui kita positif covid atau tidak. Sebab ada yang demam dan batuk tetapi tidak positif. Jadi, buat test dulu ya.

Kalau positif, pertama sekali asingkan diri supaya tak menjangkiti orang lain. Kemudian makanlah ubat yang sesuai serta perbanyakkan minum air mineral. Air mineral ini memang sangat penting ya! Kadang kita rasa macam dah kenyang sangat tapi paksa juga minum ya!

Langkah seterusnya adalah, tolong update dalam mysejahtera. Atau beritahu orang sekeliling. Janganlah senyap seribu Bahasa. Jiran sebelum rumah pun tak tahu yang kita ni positif. Janganlah begitu ya.

Seterusnya, pantau simptom covid mengikut hari. Ada yang demam sehari je kemudian batuk. Ada yang berhari-hari tiada deria rasa dan bau. Jadi, pantau kesihatan tubuh masing-masing. Apa yang merisaukan adalah kalau sesak nafas, ini yang sebenarnya aku paling risau sebenarnya. Tapi alhamdulilah, kami sekeluarga kini semuanya sihat sejahtera, alhamdulilah.

Dan kalau korang mula rasa tak sedap, janganlah diamkan diri di rumah. Segeralah ke hospital atau telefon 999. Atau beritahu rakan terdekat supaya mereka boleh bantu, okey! Apa pun, sekali lagi aku nak kongsikan, jangan panik! Sebab kita dah bertahun hidup dengan covid ni, jadi pastinya kita dah kena biasakan, okey!

Sampai sini dulu perkongsian aku, ada masa nanti aku cerita lagi pasal benda ini ya!

 

harga emas semasa malaysia

Harga emas makin menggila! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saban hari menunjukkan peningkatan harga emas. Makin lama makin risau tengok harga emas ni. Kalau beginilah, harga emas boleh capai harga RM500/g ni, hehehe. Bila tengok harga emas terkini, mulalah ramai yang mula borong emas. Takut nanti, harga makin tinggi, dah tak dapat beli, kan?

Waktu terbaik beli emas.

Baik, soalan bila waktu terbaik beli emas memang akan keluar bila mana harga emas semakin menunjukkan peningkatan. Bila harga emas naik, mulalah ramai yang suarakan, ya! Sekarang waktu terbaik untuk beli emas. persoalan nya, betul ke sekarang waktu terbaik?

Bila aku tanyakan pada ramai orang (yang memang pakar dalam simpanan emas), waktu terbaik untuk beli emas bukanlah ketika harga emas sedang memuncak! Sebaliknya adalah ketika mana kita ada duit! Ha, ada duit beli, ada duit lebih beli. Tak ada duit? Cari duit tepi, hahaha.

Pelaburan jangka panjang emas.

Ramai sebenarnya yang keliru dengan pelaburan emas. mungkin ada yang menyangka, emas adalah pelaburan jangka pendek. Makna kata, dalam masa terdekat, emas boleh memberikan pulangan berganda.

Jawapannya adalah tidak sama sekali! Emas merupakan pelaburan jangka panjang. Makna kata disini, kalau kita beli dalam tahun 2022, dan kemudian nak jual kembali, kita pasti akan rugi. Sebaliknya, jika kita beli pada tahun ini, dan 5 tahun kemudian, kita nak jual, boleh jadi kita akan dapat “keuntungan” di situ.

Emas kalis inflasi.

Tak siapa yang menyangka, kita akan berhadapan dengan situasi perintah berkurung yang lama. Dan terlalu ramai yang terkesan dengan PKP ini hingga bergolok gandai harta benda. Namun, bagi mereka yang telah lama mula menyimpan emas, ini sedikit sebanyak memberi sinar kepada mereka.

Ramai juga sahabat-sahabat aku yang berniaga, dapatkan kembali modal berniaga mereka dengan simpanan emas. jika mereka dah lama menyimpan, di tambah pula dengan harga emas semasa malaysia yang semakin mahal, dah tentu, mereka beroleh keuntungan di situ.

Kelebihan simpan emas fizikal.

Aku bercerita bagi pihak diri aku sendiri ya! Jika ditanyakan pada aku di antara emas fizikal ataupun simpanan emas online, aku lebih memilih pada emas fizikal yang kita sendiri simpan. Maknanya, kita boleh pakai atau kita boleh pegang.

Dalam zaman sekarang ni, ada pelbagai bentuk simpanan emas yang boleh kita buat. Namun, aku lebih selesa, jika emas tersebut kita yang simpan. Ini kerana, kalau kita nak guna duit, ianya mudah. namun, yang paling aku suka adalah, bila kita tengok, rasa macam nak tambah lagi dan tambah, jadi macam semangat pula nak menyimpan. Hehe.

Tetaplah menyimpan emas walaupun sedikit.

Apa pun, mulalah simpan emas dari sekarang. Tak dapat beli banyak, dapat simpan 1g sebulan pun dah ok. Banyak syarikat yang keluarkan emas dalam kuantiti kecil sekarang ni. Sikit-sikit, lama-lama jadi banyak la kan. Emas sememangnya terbukti kalis inflasi. Ianya juga menjadi benteng kewangan kita.

Kalau tak mula sekarang, bila lagi kan?

 

Cerita bekas pesakit covid

Cerita bekas pesakit covid | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, hari ini adalah hari ke 9 selepas aku terkena covid. Banyak juga terdengar cerita-cerita tentang kesan jangka masa panjang selepas terkena covid ni. Antaranya cepat penat, batuk dan sebagainya. Hari ini aku Cuma nak cerita-cerita pengalaman diri aku sendiri lepas terkena covid.

Pesakit covid yang telah divaksin.

Baik, aku dah complete vaksin tetapi belum ambil booster. Rasanya sebab dah complete vaksin tu yang kena demam dengan batuk sahaja tu, rasanya lah. Hehehe. Tapi demam covid ni betul tak sama dengan demam biasa.

Demam covid ni, dia lenguh habis sendi-sendi badan. Satu badan sakit! Dah la sendi sakit, badan pula panas, di tambah dengan batuk! Batuk pula kerap. Sampai sakit habis kepala sebab menahankan batuk tu.

Dan aku ada baca macam-macam petua covid cepat sembuh dekat laman sosial, yang mana kebanyakkan yang tulis, kena banyak minum air mineral. Jadinya, memang berbotol-botol air mineral yang aku beli. Dan air mineral pilihan aku pastinya spritzer la. Tak tahu kenapa, tapi air mineral ni memang lain daripada yang lain.

Ada juga yang kongsikan petua sembuh covid dengan memakan bunga cengkih. Aduhai, naik kebas juga la aku kemam bunga cengkih tu. Itu belum cerita minum teh campur buah lemon campur bunga cengkih lagi. Tapi dalam keadaan yang kurang sihat, air macam tu rasa sedap pulak! Hehehe.

Bagi pesakit covid tahap 2 (aku dalam kategori ini), gejala nya adalah batuk dan demam. Demam tu sehari je, batuk yang sampai sekarang masih ada. Sampaikan rasa macam nak pergi buat swab test sekali lagi la, takut-takut masih positif. Tapi waktu buat saliva test, result negative, alhamdulilah.

Cerita pasal petua hilangkan batuk covid 19 pulak, ada yang cakap, gunakan betadine (ubat spray tekak dalam botol biru tu), katanya batuk sembuh. Ada yang kata, gunakan difflam, juga ubat untuk sakit tekak (boleh di dapati di farmasi), semua ini bagus untuk hilangkan batuk akibat covid.

Tapi aku, aku Cuma makan ubat batuk breacol je sepanjang aku kuarantin di rumah. Aku tak ambil ubat lain pun. Memang sebelum tidur malam, aku akan makan 1 camca breacol. Entah kenapa, sejak dulu, kalau batuk, memang aku pilih jenama ini, rasanya sebab serasi dengan badan kut.

Apa pun, benda pertama kena buat adalah, elak jangkitan covid! Benda-benda ni mudah sahaja tapi mungkin kita terlepas pandang, itu yang terjangkit tu. Kalau awal-awal kita dah buat macam-macam untuk elak jangkitan covid ni, tak ada lah kita terjangkit sama kan.  Mencegah itu kan lebih baik.

 

dijangkiti wabak covid

Akhirnya…|Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharap semuanya sihat walafiat bersama keluarga, aminn. Selepas sahaja aku kongsikan pengalaman aku Pertama kali dapat status “kontak kasual” dekat My sejahtera, akhirnya tidak lama selepas itu, tanpa aku sendiri sedar yang aku telahpun dijangkiti wabak covid ini, aduhai!

Ceritanya hari sabtu lepas aku mula demam. Memang sehari tu terbaring je. Makan pun tersangatlah kurang! Banyak tidur dan minum air je. Hari kedua aku dah baik cumanya masih batuk dan selsema. Deria rasa dan bau semua ada, tiada masalah! Cuma batuk dan selsema.

Masuk hari ketiga, aku masih lagi batuk. Sepatutnya hari ini dah kena masuk kerja, tapi sebab rasa badan tu tak berapa nak sihat, terpaksalah ambil MC. Mulanya memang aku tak tahu yang aku ni dah kena covid, tapi bila superior beritahu, rakan kerja aku positif, aku dah mula risau.

Hari isnin tu juga mereka ramai-ramai kena buat PCR Test. Disebabkan aku cuti, jadi aku tak kena join mereka buat PCR, kalau aku kerja, confirm kena punya.

Masuk hari selasa, batuk dan selsema masih tetap sama. Tak berubah. Tidak semakin teruk namun tidak juga sembuh, sama sahaja. Biasanya aku kalau sakit ni, dia tak lama, tapi kali ni macam lama pula. Di tambah pula dengan berita ramai kawan-kawan yang positif, jadinya aku dengan rela hatinya pergilah juga buat PCR Test tu.

Untuk keputusan PCR tu, kena tunggu 48 jam. Jadinya disebabkan aku ni tak tahu yang aku ni positif atau tidak, terpaksalah aku berkurung je dekat rumah. Takut juga kalau kalau keluar nanti, keputusan aku pula positif, lain jadinya kan?

Dan masuk hari ke 5, barulah dapat keputusan PCR aku. Dan aku sebenarnya dah boleh agak dah yang aku ni positif (melihat kepada perkembangan kesihatan). Dan tak tahu pun sebenarnya nak kata apa sebabnya, rupanya dekat tempat kerja, dah ramai sangat yang positif, aduhai!

Dan rupa-rupanya juga, baru sekejap tadi aku baca dekat salah satu web ni, hilang deria rasa dan bau bukanlah petunjuk utama seseorang itu dijangkiti dengan wabak covid terbaru ni. Tapi di antara kesan paling ketara dan paling ramai yang rasa adalah mereka demam, batuk, selsema dan hidung tersumbat!

Jadinya, kalau korang ada rasa seperti yang aku tuliskan dekat atas, korang bolehlah buat ujian saliva ya! Atau kalau nak lebih tepat lagi, buat PCR test terus. Ok? Aku harapkan korang dan keluarga dkurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi dari segala perkara yang tidak diingini, aminnn.

Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ▼  2022 (23)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ▼  March (10)
      • Buat tuntutan Mysalam jika anda bekas pesakit Covid19
      • Baru beli camera mirrorless fujifilm x-t200 malaysia
      • Akhirnya! Pengeluaran kali terakhir KWSP berjumlah...
      • Personal loan : Bagus atau tidak?
      • 3 perkara penting yang perlu dilihat sewaktu melak...
      • Tolonglah ambil insurans bencana alam!
      • Apa perlu buat jika terkena covid?
      • Harga emas makin menggila!
      • Cerita bekas pesakit covid
      • Akhirnya…
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (8)
    • ►  April (17)
    • ►  March (19)
    • ►  February (19)
    • ►  January (21)
  • ►  2020 (82)
    • ►  December (4)
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  May (7)
    • ►  April (6)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ►  2019 (50)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ►  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ►  July (17)
    • ►  June (6)
    • ►  May (25)
    • ►  April (28)
    • ►  March (24)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  October (19)

My Blog List

  • VOCKET
    SKMM Arahkan Syarikat Telekomunikasi Halang Pautan URL Dalam SMS
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Maksud Doa qunut subuh
  • Aliff Channel
    Pengemis Warga Asing Raih Pendapatan RM500 Sehari?
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Kos Yuran Masuk ke MRSM Tingkatan 1
  • Bro Framestone
    Selebriti Hadir Memeriahkan Nostalgia Retro Raya & MAHA BUFFET di Maeps, Serdang
  • The Patriots
    Genting Bidai: Laluan Lama Selangor-Pahang
  • It's Poobritney!
    Special Announcement for All of You!
  • sayidahnapisahdotcom
    Senarai Penuh Kabinet Baru Menteri Malaysia PM Anwar 2022
  • MrEjoy
    Baru ada peluang untuk menulis..
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates