3 perkara penting yang perlu dilihat sewaktu melakukan pemeriksaan memasuki rumah baharu
3 perkara penting
yang perlu dilihat sewaktu melakukan pemeriksaan memasuki rumah baharu |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ahamdulilah, masih diberi kesihatan yang
baik buat diri dan keluarga, alhamdulilah. Baik, dalam sehari dua ni, ramai
kawan-kawan yang nak masuk rumah baru. Rezeki mereka sebab dapat memiliki rumah
sendiri. Dan bila cerita pasal masuk rumah baru ini, pastinya topik apa yang perlu diperiksa ketika buat
pemeriksaan rumah menjadi topik paling utama!
Kenapa perlu periksa rumah sebelum masuk rumah baru?
Mungkin ada yang belum jelas mengenai hal ini. Ramai yang
berpendapat bahawa, rumah baru pastinya tiada masalah yang besar seperti rumah
lama. Mungkin kerana rumah baru belum ada yang duduk, jadi pastinya semuanya
berkeadaan sangat baik, dan ternyata tanggapan ini salah sama sekali.
Berdasarkan pengalaman aku, rumah baru juga ada masalahnya
yang tersendiri. Sebagai contoh, tiles rumah yang tertanggal daripada dinding
bilik air. Ada juga masalah bocor dalam dinding, tiles lantai yang kosong dan pelbagai
masalah lagi.
Dan berdasarkan pengalaman lepas, kali ini aku akan cuba
kongsikan dengan semua beberapa senarai checklist
sebelum masuk rumah baru dan aku harap, ianya sedikit sebanyak membantu
rakan-rakan yang akan memasuki rumah baru ini ya.
Senarai checklist sebelum masuk rumah baru
Baik, aku pecahkan kepada 3 bahagian utama, senarai perkara
yang perlu diperiksa ketika masuk rumah baru.
#1. Pemeriksaan general.
Pemeriksaan general ini maknanya, yang biasa orang akan
periksa sewaktu masuk rumah baru.
Pintu dan tingkap
- untuk bahagian pintu, korang kena periksa bahagian engselnya dalam kondisi
yang baik atau tidak. Ada sesetengah pemilik rumah akan tukar skru pada
bahagian pintu, katanya untuk lebih safety. Untuk bahagian tingkap, periksa
bahagian lock tingkap, pastikan dalam keadaan yang baik dan tidak mudah
tercabut. Cermin tingkap juga pastikan di dalam keadaan yang baik.
Kunci pintu utama dan
semua bilik - seterusnya, periksa
semua kunci yang diberikan. Adakah dalam keadaan yang baik. Kerana ada kes yang
mana, kunci yang diberikan tidak boleh digunakan. Tidak pasti, kunci itu yang
bermasalah atau salah kunci.
Dinding – untuk bahagian
dinding, perkara paling utama kena periksa adalah jika terdapat kesan retakan
sama ada kecil atau besar. Selain itu, periksa jika terdapat kesan kebocoran air.
Untuk bahagian ini, kena rasa pada bahagian dinding, kalau rasa lembab je
confirm dinding tu bocor.
Lantai rumah –
seterusnya adalah lantai rumah. Periksa tiles pada bahagian lantai dengan
mengetuk lembut. Jika bunyi kosong, jangan pulak anggap bawah tu ada emas ya! Kalau
kosong, ini bermakna simen tidak cukup dan perlu panggil pemaju untuk betulkan
semula. Bahayanya tiles kosong jika dibiarkan adalah, takut nanti boleh jadi
kejadian tiles pecah dengan sendirinya!
Siling rumah –
pastikan bahagian siling rumah berada di dalam keadaan yang baik dan tidak
bocor. Dan pastikan sambungan siling tidak ada renggang.
#2. Pemeriksaan sambung
air (paip).
Sebelum melakukan pemeriksaan ini, perlulah di pastikan
sambungan air telah di buat ya! Ha, jangan tak tahu, sebelum masuk rumah baru,
kenalah buat pendaftaran dengan syarikat air. Korang boleh search entry
rakan-rakan blogger yang ada cerita pasal masuk
air rumah baru ini ya!
Kepala paip dan
sambungan – pastikan kepala paip berfungsi dengan baik dan tiada kebocoran.
Dan pastikan juga sambungan paip juga berada di dalam keadaan yang baik. Untuk kes
rumah aku, bahagian “main” sambungan air bocor.
Tekanan air
- tekanan air juga sangat penting. Jika tekanan
air rendah, mungkin ada masalah dengan sistem paip di rumah.
Mangkuk tandas –
cuba pam tandas berulang kali untuk pastikan ianya berfungsi dengan baik. Boleh
juga gunakan tisu yang dimasukkan ke dalam mangkuk tandas dan pam.
Singki dan pancuran
air bilik mandi – bukak air dan lihat samada ianya berfungsi dengan baik
untuk bahagian singki. Dan untuk pancuran air pula, pastikan air yang keluar
tidak kecil dan tidak sesetengah bahagian sahaja.
#3. Pemeriksaan elektrik
rumah.
Sama juga dengan cerita pemeriksaan air tadi, elektrik juga
perlu di register sebelum masuk rumah baru. Untuk cerita lebih detail mengenai
hal ini, korang search sahaja di goggle masuk
elektrik rumah baru, banyak rakan-rakan blogger yang dah kongsikan mengenai
cerita ini.
Punca kuasa elektrik
- perkara pertama yang perlu diperiksa
adalah sambungan elektrik di rumah. Periksa semua socket elektrik yang ada di
rumah untuk pastikan ianya berfungsii dengan baik.
Sambungan elektrik
– untuk bahagian ini, perlu panggil mereka yang pakar untuk periksa sambungan
elektrik di rumah.
Lampu dan kipas –
ketika masuk rumah baru, pastinya korang akan pasang 2 benda ini kan. Selepas sahaja
selesai pasang, cuba dahulu keduanya untuk pastikan semuanya di dalam keadaan
yang baik.
Oklah, rasanya setakat itu sahaja perkongsian aku mengenai Senarai checklist sebelum masuk rumah baru. mungkin Nampak macam leceh tapi ketahuilah perkara ini sangat penting. Sebabnya, bila kita masuk rumah baru, segala kerosakkan masih dibawah tanggungjawab pemaju. Jadi, jika ada kerosakan, kita tak perlu keluar apa-apa kos. Semoga perkongsian ini dapat membantu korang ya!
0 Comments