Akhirnya! Pengeluaran kali terakhir KWSP berjumlah RM10,000 dibenarkan!
Akhirnya! Pengeluaran
kali terakhir KWSP berjumlah RM10,000 dibenarkan! | Assalamualaikum dan
salam sejahtera. alhamdulilah, masih diberikan kesihatan yang baik buat diri
dan keluarga, alhamdulilah. Baiklah, rasanya ramai pun yang dah tahu bahawa
Perdana Menteri baru sahaja mengumumkan pengeluaran
kwsp 10k one off dibenarkan! Pastinya ramai yang bersyukur dengan
pengumuman ini kan?
Tak perlu melihat pada orang lain juga, aku sendiri merasa
sangat gembira dengan berita pengeluaran
kwsp 2022 terkini. Setelah didesak oleh pelbagai pihak, pada awalnya,ramai
yang menjangkakan tidak akan ada lagi pengeluaran kwsp memandangkan sudah 3
kali pengeluaran kwsp di buat iaitu:
Dan menyambut berita Pengeluaran
kali terakhir KWSP berjumlah RM10,000, dicampur dengan pengeluaran sebelum
ini, jumlah keseluruhan pengeluaran kwsp adalah berjumlah RM31,000 !Ini
pastinya bukanlah jumlah yang sedikit kan?
Namun, walaupun jumlah pengeluaran setakat ini sangat besar,
ianya sememangnya membantu ramai orang yang terkesan kerana PKP yang berlaku di
Malaysia. Dan tidak terlalu kasar untuk aku katakan, sehingga ke hari ini,
masih ramai yang terkesan.
Dengan jumlah besar mereka yang dibuang kerja kerana
terkesan dengan PKP, di tambah pula dengan ribuan graduan yang turut sama
mencari kerja, ini sememangnya menjadi cabaran yang sangat luar biasa.
Nak mencari kerja sekarang ini bukan macam dulu. Ada pengalaman
belum tentu dapat kerja. Nak jual sijil yang ada, rata-rata graduan hari ini,
paling tidak ada diploma. Cuba bayangkan mereka yang dah dibuang kerja tu, Cuma
ada sijil sahaja.
Jadi, Pengeluaran
kali terakhir KWSP berjumlah RM10,000 sememangnya sangat diperlukan ramai
orang ketika ini. Ada yang ingin menggunakan ianya sebagai modal permulaan
perniagaan. Ada yang ingin menggunakan untuk melangsaikan hutang, dan ada juga
yang ingin digunakan untuk meneruskan kehidupan.
Namun, dalam ucapan perdana menteri Malaysia semalam,
berkenaan pengeluaran kwsp terkini
ini, beliau menasihatkan agar pencarum berfikir dahulu samada ingin
mengeluarkan atau tidak. Ini adalah kerana, kegusaran beliau berkenaan simpanan
hari tua pencarum memandangkan jumlah keseluruhan yang telah dikeluarkan cukup
besar.
Namun bagi aku, aku lebih suka jika ada “cash” di dalam
tangan. Benar, simpanan ini untuk hari tua. Ianya mungkin memakan masa 15
hingga 20 tahun daripada sekarang. Dan dalam ketika ini, simpanan tunai adalah
sangat penting. Jadi aku memilih untuk keluarkan semaksima mungkin dan jadinya
ianya sebagai simpanan kecemasan.
Itu pendirian aku, dan mungkin pendirian kita tidak sama. Tepuk
dada, Tanya selera ya!
0 Comments