Apa perlu buat jika terkena covid?
Apa perlu buat jika
terkena covid? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. alhamdulilah, masih
diberikan kesempatan dan kesihatan yang semakin baik, alhamdulilah. Selepas sahaja
“pulih” daripada covid, ramai sebenarnya yang bertanyakan apa simptom covid 19 omicron ini. Macam aku,
aku berada di dalam kategori 2, jadinya simpton aku adalah demam dan batuk. Dan
simptom covid mengikut hari,
contohnya hari pertama tu demam, kemudian hari kedua beransur pulih namun masih
batuk sehinggalah hari ke tujuh kuarantin di rumah, masih juga batuk.
tanda2 awal terkena jangkitan covid.
Menjawab beberapa pertanyaan rakan-rakan, apa tanda awal terkena jangkitan covid,
pada mulanya aku sakit tekak. Dalam seminggu awal tu, memang dah rasa tak
selesa pada tekak. Macam dah mula nak perit. Tapi aku pada awalnya memang ambil
strepsil. Sebab dari dulu, kalau mula nak sakit tekak, memang awal-awal dah
ambil strepsil.
Dan pada hari sabtu, aku mula demam. Demam yang rasanya,
bukan demam biasa, sebab semua sendi sakit. Lenguh di semacam! Terbaring je tak
macam demam biasa, boleh lagi buat kerja, ini dia tangkap semua sendi. Dan sehari
jugalah terbaring. Ini bila rasa demam yang luar biasa ini, dalam fikiran aku
waktu itu, mungkin inilah tanda tanda
awal jangkitan covid 19!
Hari ahad, demam aku mula kebah tapi masih batuk. Tapi waktu
ini aku belum buat swab test lagi. Sebab rasa macam ok je waktu itu. Masuk hari
isnin, aku masih juga batuk dan tak mampu nak kerja waktu itu, jadinya terpaksa
ambil cuti, dan waktu itu, katanya rakan sekerja ada yang positif, dan mahu tak
mahu, terpaksalah buat test, dan aku disahkan positif covid 19.
Dan begitulah cerita jika ada yang Tanya, apa tanda awal kena jangkitan covid
ini, mulanya aku sakit tekak, kemudian aku demam dan akhirnya batuk sampai ke
sudah, tak elok-elok batuknya. Aduhai!
jangkitan covid melalui udara.
Dan jika diingatkan balik, rasanya aku terjangkit melalui
udara. Hari sebelum aku demam tu, memang seharian aku duduk dalam bilik
tertutup dengan penyaman udara yang sangat sejuk! Bilik kecik, ramai pula
keluar masuk, dan mungkin salah seorang rakan yang dah terkena jangkitan covid
ini masuk dan menjangkiti orang lain.
Itu tafsiran awal aku macamana boleh terjangkit covid ni. Sebab
memang last aku ingat, hari sebelum aku demam tu, seharian aku duduk dalam
bilik tu. Kalau aku duduk di merata tempat, memang agak susah juga lah nak teka
aku terjangkit dari mana kan.
Apa perlu buat jika terkena covid?
Eh! Ini soalan pun ada yang Tanya, aduhai! apa perlu buat
jika terkena covid? Jawapannya adalah, pertama sekali jangan panik. Sebab ada
orang, dia jadi panik memikirkan macam-macam benda! Jadi benda pertama jangan panik.
Kemudian tengok balik diri korang, apa simptom yang ada. Macam aku demam dan
batuk. Ada orang demam, batuk dan selsema. Ada juga yang hilang deria rasa dan
bau. Jadi tengok diri korang, sebab simptom orang lain-lain. Tapi semua ini
adalah di antara tanda korang dah dijangkiti covid ya!
Kemudian apa perlu buat jika ada simptom covid 19? Perkara pertama
adalah, buat saliva test atau kalau nak lebih tepat lagi buat PCR test terus. Dekat
ini adalah cara mengetahui kita positif
covid atau tidak. Sebab ada yang demam dan batuk tetapi tidak positif. Jadi,
buat test dulu ya.
Kalau positif, pertama sekali asingkan diri supaya tak menjangkiti
orang lain. Kemudian makanlah ubat yang sesuai serta perbanyakkan minum air
mineral. Air mineral ini memang sangat penting ya! Kadang kita rasa macam dah kenyang
sangat tapi paksa juga minum ya!
Langkah seterusnya adalah, tolong update dalam mysejahtera. Atau
beritahu orang sekeliling. Janganlah senyap seribu Bahasa. Jiran sebelum rumah
pun tak tahu yang kita ni positif. Janganlah begitu ya.
Seterusnya, pantau simptom
covid mengikut hari. Ada yang demam sehari je kemudian batuk. Ada yang
berhari-hari tiada deria rasa dan bau. Jadi, pantau kesihatan tubuh
masing-masing. Apa yang merisaukan adalah kalau sesak nafas, ini yang
sebenarnya aku paling risau sebenarnya. Tapi alhamdulilah, kami sekeluarga kini
semuanya sihat sejahtera, alhamdulilah.
Dan kalau korang mula rasa tak sedap, janganlah diamkan diri
di rumah. Segeralah ke hospital atau telefon 999. Atau beritahu rakan terdekat
supaya mereka boleh bantu, okey! Apa pun, sekali lagi aku nak kongsikan, jangan
panik! Sebab kita dah bertahun hidup dengan covid ni, jadi pastinya kita dah
kena biasakan, okey!
Sampai sini dulu perkongsian aku, ada masa nanti aku cerita lagi pasal benda ini ya!
0 Comments