Baru beli camera mirrorless fujifilm x-t200 malaysia
Baru beli camera
mirrorless fujifilm x-t200 malaysia | Assalamualaikum dan salam sejahtera.
alhamdulilah, masih diberikan kesihatan diri dan keluarga, alhamdulilah. Orait,
ni nak cerita sikit, yang sebenarnya, dah lama juga plan nak cari kamera mirrorless terbaik 2022 ni,
banyak jugalah senarai yang ada. Semalam ada rezeki lebih sikit, kita pun
keluarlah mencari kamera. Plan asal macam nak mencari Sony A6000, tapi
disebabkan Melaka ni, tak banyak sangat kedai kamera, jadinya terjumpa camera mirrorless fujifilm x-t200, teruslah
beli tanpa fikir panjang!
Kenapa beli camera mirrorless fujifilm x-t200?
Susah juga nak menjawab soalan ini, sebabnya secara
jujurnya, aku pun tak tahu apa-apa pasal kamera ni. Waktu beli semalam, penjual
tu suruh aku test, aku jawab, ha ok je. Tak perlu test. Walhal, aku tak tahu,
apa benda yang nak di test? Dan apa yang perlu di tekan?
Hahaha. Ini memang jawapan jujur ni. Aku Cuma tahu tekan
untuk ambil gambar je! Bila aku pegang camera
mirrorless fujifilm x-t200, eh! Punya banyak button dekat kamera ini (ya,
aku tahu, kamera pro agi banyak button dia) tapi macam yang aku cakap, aku ni
bukan tahu apa pasal kamera pun. Kiranya ini model pertama aku la!
Dan menjawab juga soalan, kenapa pilih kamera Fujifilm berbanding
kamera lain yang lebih “top”, jawapan aku sebabnya kamera ini klasik! Hahaha. Baru
lah Nampak macam wow sikit kan kalau pakai Fujifilm ni lebih-lebih lagi fujifilm x-t200 ni, hehehe.
kamera mirrorless atau dslr
oh ya! Sebelum itu, kamera yang aku beli ini adalah kamera
mirrorless. Dan kalau korang search dekat youtube kamera mirrorless terbaik Malaysia,
korang akan jumpa macam-macam kamera dan salah satunya adalah daripada jenama Fujifilm
ni.
Kamera mirrorless ni boleh aku katakan menjadi pilihan ramai
ketika ini. Ini adalah kerana saiznya yang lebih kecil serta ringan. Tak macam
kamera dslr yang lebih besar serta berat. Cuba bayangkan kalau korang nak heret
kamera ini ke hulu dan ke hilir, mahu jatuh bahu korang nanti, ok! Aku bergurau,
hehehe. Tapi itulah hakikatnya dslr, berat!
kamera mirrorless Fujifilm
aku nak cerita lanjut, aku pun tak habis explore lagi pasal
kamera ni. Cumanya aku ada buat research tentang mirrorless camera lenses Fujifilm, dan ada beberapa lens yang masuk
dalam target aku. Kitlens pun sebenarnya dah cantik, dah cukup dah untuk pemula
macam aku ni, tapi itulah, minat aku lebih pada street photography dan portrait,
dan untuk join dalam kategori ini, kenalah cari lens khas untuk nya.
Apa pun, semoga aku tak hangat-hangat taik ayam la ye! Hahaha.
Sebab jenis aku, beli lepas tu simpan. Sebenarnya macam lebih rasa puas bila
dapat beli. Dan bila dah beli, mulalah lupa! Tapi, eh! Takkan nak simpan je
kan, benda bukan murah oi! Hahahha
Aku nak nak share dengan korang ayat yang membuatkan aku tak
fikir panjang dan terus beli kamera ini, dan ayat inilah yang sebenarnya
membuatkan aku fikir macam-macam:
Find 3 hobbies :
One to make money
One to keep you in shape
One to keep you in
0 Comments