Cerita bekas pesakit covid
Cerita bekas pesakit
covid | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, hari ini adalah
hari ke 9 selepas aku terkena covid. Banyak juga terdengar cerita-cerita
tentang kesan jangka masa panjang selepas terkena covid ni. Antaranya cepat
penat, batuk dan sebagainya. Hari ini aku Cuma nak cerita-cerita pengalaman
diri aku sendiri lepas terkena covid.
Pesakit covid yang telah divaksin.
Baik, aku dah complete vaksin tetapi belum ambil booster. Rasanya
sebab dah complete vaksin tu yang kena demam dengan batuk sahaja tu, rasanya
lah. Hehehe. Tapi demam covid ni betul tak sama dengan demam biasa.
Demam covid ni, dia lenguh habis sendi-sendi badan. Satu badan
sakit! Dah la sendi sakit, badan pula panas, di tambah dengan batuk! Batuk pula
kerap. Sampai sakit habis kepala sebab menahankan batuk tu.
Dan aku ada baca macam-macam petua covid cepat sembuh dekat laman sosial, yang mana kebanyakkan
yang tulis, kena banyak minum air mineral. Jadinya, memang berbotol-botol air
mineral yang aku beli. Dan air mineral pilihan aku pastinya spritzer la. Tak tahu
kenapa, tapi air mineral ni memang lain daripada yang lain.
Ada juga yang kongsikan petua
sembuh covid dengan memakan bunga cengkih. Aduhai, naik kebas juga la aku
kemam bunga cengkih tu. Itu belum cerita minum teh campur buah lemon campur
bunga cengkih lagi. Tapi dalam keadaan yang kurang sihat, air macam tu rasa sedap
pulak! Hehehe.
Bagi pesakit covid
tahap 2 (aku dalam kategori ini), gejala nya adalah batuk dan demam. Demam tu
sehari je, batuk yang sampai sekarang masih ada. Sampaikan rasa macam nak pergi
buat swab test sekali lagi la, takut-takut masih positif. Tapi waktu buat
saliva test, result negative, alhamdulilah.
Cerita pasal petua
hilangkan batuk covid 19 pulak, ada yang cakap, gunakan betadine (ubat
spray tekak dalam botol biru tu), katanya batuk sembuh. Ada yang kata, gunakan
difflam, juga ubat untuk sakit tekak (boleh di dapati di farmasi), semua ini
bagus untuk hilangkan batuk akibat covid.
Tapi aku, aku Cuma makan ubat batuk breacol je sepanjang aku
kuarantin di rumah. Aku tak ambil ubat lain pun. Memang sebelum tidur malam,
aku akan makan 1 camca breacol. Entah kenapa, sejak dulu, kalau batuk, memang
aku pilih jenama ini, rasanya sebab serasi dengan badan kut.
Apa pun, benda pertama kena buat adalah, elak jangkitan covid! Benda-benda ni
mudah sahaja tapi mungkin kita terlepas pandang, itu yang terjangkit tu. Kalau awal-awal
kita dah buat macam-macam untuk elak jangkitan covid ni, tak ada lah kita
terjangkit sama kan. Mencegah itu kan
lebih baik.
0 Comments