Akhirnya…
Akhirnya…|Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Diharap semuanya sihat walafiat bersama keluarga, aminn. Selepas
sahaja aku kongsikan pengalaman aku Pertama kali dapat status “kontak kasual” dekat My sejahtera, akhirnya tidak lama
selepas itu, tanpa aku sendiri sedar yang aku telahpun dijangkiti wabak covid
ini, aduhai!
Ceritanya hari sabtu lepas aku mula demam. Memang sehari tu
terbaring je. Makan pun tersangatlah kurang! Banyak tidur dan minum air je. Hari
kedua aku dah baik cumanya masih batuk dan selsema. Deria rasa dan bau semua
ada, tiada masalah! Cuma batuk dan selsema.
Masuk hari ketiga, aku masih lagi batuk. Sepatutnya hari ini
dah kena masuk kerja, tapi sebab rasa badan tu tak berapa nak sihat,
terpaksalah ambil MC. Mulanya memang aku tak tahu yang aku ni dah kena covid,
tapi bila superior beritahu, rakan kerja aku positif, aku dah mula risau.
Hari isnin tu juga mereka ramai-ramai kena buat PCR Test. Disebabkan aku cuti, jadi aku tak kena join mereka buat PCR, kalau aku kerja, confirm kena punya.
Masuk hari selasa, batuk dan selsema masih tetap sama. Tak berubah.
Tidak semakin teruk namun tidak juga sembuh, sama sahaja. Biasanya aku kalau
sakit ni, dia tak lama, tapi kali ni macam lama pula. Di tambah pula dengan
berita ramai kawan-kawan yang positif, jadinya aku dengan rela hatinya pergilah
juga buat PCR Test tu.
Untuk keputusan PCR tu, kena tunggu 48 jam. Jadinya disebabkan
aku ni tak tahu yang aku ni positif atau tidak, terpaksalah aku berkurung je
dekat rumah. Takut juga kalau kalau keluar nanti, keputusan aku pula positif,
lain jadinya kan?
Dan masuk hari ke 5, barulah dapat keputusan PCR aku. Dan aku
sebenarnya dah boleh agak dah yang aku ni positif (melihat kepada perkembangan
kesihatan). Dan tak tahu pun sebenarnya nak kata apa sebabnya, rupanya dekat
tempat kerja, dah ramai sangat yang positif, aduhai!
Dan rupa-rupanya juga, baru sekejap tadi aku baca dekat
salah satu web ni, hilang deria rasa dan bau bukanlah petunjuk utama seseorang
itu dijangkiti dengan wabak covid terbaru ni. Tapi di antara kesan paling
ketara dan paling ramai yang rasa adalah mereka demam, batuk, selsema dan
hidung tersumbat!
Jadinya, kalau korang ada rasa seperti yang aku tuliskan
dekat atas, korang bolehlah buat ujian saliva ya! Atau kalau nak lebih tepat
lagi, buat PCR test terus. Ok? Aku harapkan korang dan keluarga dkurniakan
kesihatan yang baik dan dilindungi dari segala perkara yang tidak diingini,
aminnn.
0 Comments