Harga emas makin menggila!
Harga emas makin menggila!
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saban hari menunjukkan peningkatan harga
emas. Makin lama makin risau tengok harga emas ni. Kalau beginilah, harga emas
boleh capai harga RM500/g ni, hehehe. Bila tengok harga emas terkini, mulalah
ramai yang mula borong emas. Takut nanti, harga makin tinggi, dah tak dapat
beli, kan?
Waktu terbaik beli emas.
Baik, soalan bila
waktu terbaik beli emas memang akan keluar bila mana harga emas semakin
menunjukkan peningkatan. Bila harga emas naik, mulalah ramai yang suarakan, ya!
Sekarang waktu terbaik untuk beli emas. persoalan nya, betul ke sekarang waktu
terbaik?
Bila aku tanyakan pada ramai orang (yang memang pakar dalam
simpanan emas), waktu terbaik untuk beli
emas bukanlah ketika harga emas sedang memuncak! Sebaliknya adalah ketika
mana kita ada duit! Ha, ada duit beli, ada duit lebih beli. Tak ada duit? Cari duit
tepi, hahaha.
Pelaburan jangka panjang emas.
Ramai sebenarnya yang keliru dengan pelaburan emas. mungkin
ada yang menyangka, emas adalah pelaburan jangka pendek. Makna kata, dalam masa
terdekat, emas boleh memberikan pulangan berganda.
Jawapannya adalah tidak sama sekali! Emas merupakan
pelaburan jangka panjang. Makna kata disini, kalau kita beli dalam tahun 2022,
dan kemudian nak jual kembali, kita pasti akan rugi. Sebaliknya, jika kita beli
pada tahun ini, dan 5 tahun kemudian, kita nak jual, boleh jadi kita akan dapat
“keuntungan” di situ.
Emas kalis inflasi.
Tak siapa yang menyangka, kita akan berhadapan dengan
situasi perintah berkurung yang lama. Dan terlalu ramai yang terkesan dengan
PKP ini hingga bergolok gandai harta benda. Namun, bagi mereka yang telah lama
mula menyimpan emas, ini sedikit sebanyak memberi sinar kepada mereka.
Ramai juga sahabat-sahabat aku yang berniaga, dapatkan
kembali modal berniaga mereka dengan simpanan emas. jika mereka dah lama
menyimpan, di tambah pula dengan harga
emas semasa malaysia yang semakin mahal, dah tentu, mereka beroleh
keuntungan di situ.
Kelebihan simpan emas fizikal.
Aku bercerita bagi pihak diri aku sendiri ya! Jika ditanyakan
pada aku di antara emas fizikal ataupun simpanan emas online, aku lebih memilih
pada emas fizikal yang kita sendiri simpan. Maknanya, kita boleh pakai atau
kita boleh pegang.
Dalam zaman sekarang ni, ada pelbagai bentuk simpanan emas
yang boleh kita buat. Namun, aku lebih selesa, jika emas tersebut kita yang
simpan. Ini kerana, kalau kita nak guna duit, ianya mudah. namun, yang paling
aku suka adalah, bila kita tengok, rasa macam nak tambah lagi dan tambah, jadi
macam semangat pula nak menyimpan. Hehe.
Tetaplah menyimpan
emas walaupun sedikit.
Apa pun, mulalah simpan emas dari sekarang. Tak dapat beli
banyak, dapat simpan 1g sebulan pun dah ok. Banyak syarikat yang keluarkan emas
dalam kuantiti kecil sekarang ni. Sikit-sikit, lama-lama jadi banyak la kan. Emas
sememangnya terbukti kalis inflasi. Ianya juga menjadi benteng kewangan kita.
Kalau tak mula sekarang, bila lagi kan?
0 Comments