Personal loan : Bagus atau tidak?
Personal loan : Bagus
atau tidak? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Personal loan. Rasanya tak
perlu diceritakan lebih detail sebabnya ramai rasanya sekarang ini yang buat personal
loan. Dan yang paling mudah sekali (bagi aku la) adalah personal loan rhb bank. Sebabnya dekat mana-mana kita boleh jumpa
kiosk RHB bank ni kan? Dan urusan nya juga cukup mudah. Dekat situ juga kita
boleh dapat keputusan sama ada loan kita lulus atau tidak dan berapa jumpa yang
kita dapat.
Kebaikan dan keburukan personal loan.
Di antara kelebihan atau kebaikan personal loan adalah, kita boleh dapat duit dengan segera.
Dan jika duit tersebut mahu digunakan untuk perniagaan atau sebagainya, ianya
sudah pasti sesuatu yang bagus.
Selain itu, personal loan juga biasanya digunakan untuk
kes-kes kecemasan seperti perubatan. Tak siapa yang mahu sakit kan. Namun ada
perkara yang tidak boleh kita elakkan seperti kemalangan. Dan dalam situasi
ini, ada yang memerlukan perbelanjaan yang besar. Dan ada sesetengah daripada
kita yang tiada simpanan yang besar. Jadi personal loan adalah penyelesaiannya.
Namun ada juga yang buat personal loan untuk perkara-perkara
lain seperti renovation rumah, beli kenderaan atau pergi melancong. Ada juga
yang aku pernah jumpa, buat personal loan sebab suka-suka je! Bukan ada sebab
lain pun, saja je nak buat loan, haish!
Memang benar tidak ada salahnya. Namun tahukah semua,
personal loan boleh menjadi mimpi ngeri? Data menunjukkan, ramai orang mudah
yang muflis disebabkan personal loan. Bila dapat jumlah pinjaman yang besar,
bayaran bulanan pastinya besar. Dan bila tak dapat bayar bulanan, itu yang
ramai jatuh muflis tu.
Cuba tengok PKP yang berlaku dalam 2 tahun kebelakangan ini.
Berapa ramai yang dah hilang pekerjaan. Dan mungkin di antara mereka ada yang
buat personal loan. Dah hilang pekerjaan, macamana nak bayar hutang kan? Ini lah
perkara yang paling menakutkan sebenarnya.
Personal loan calculator Malaysia.
Cukup setakat itu penjelasan aku mengenai Kebaikan dan keburukan personal loan. Dan
buat mereka yang tertanya-tanya berapa bayaran/bulan bagi setiap nilai pinjaman
personal loan ini, korang boleh sahaja search personal loan calculator Malaysia.
Ini adalah kiraan kasar bagi bayaran bulanan personal loan.
Tapi untuk kadar bayaran yang lebih tepat, korang search jek
rhb personal loan repayment table
(mengambil contoh personal loan rhb bank). Dan bayaran bagi setiap bank berbeza
ya. Ikut pada bank mana yang korang buat loan. Kalau maybank, search table
repayment maybank dan begitulah sebaliknya.
Cara nak apply personal loan rhb.
Bagi mereka yang ingin membuat personal loan RHB, aku
kongsikan beberapa cara mudah untuk korang.
#1. Pergi ke kiosk berdekatan korang. Macam contoh di Melaka,
ada di aeon bandaraya Melaka dan Mydin Mitc Melaka.
#2. Untuk mudahkan urusan, korang print siap-siap slip gaji
3 bulan dan penyata kwsp bagi tahun 2021 dan 2022. Atau boleh juga korang
download penyata kwsp ini dan simpan siap-siap dalam HP.
#3. Pegawai bertugas akan periksa kelayakan korang dan beri
keputusan waktu itu juga. Berapa amaun pinjaman yang korang akan dapat.
#4. Namun, korang perlu tunggu juga dalam sehari dua untuk
duit masuk ke dalam akaun korang. Ini bagi memberi ruang pihak di HQ untuk buat
verification.
#5. Selesai.
Syarat kelayakan personal loan rhb bank.
Bagi menjawab soalan syarat kelayakan untuk buat personal
loan ni, bagi personal loan maybank, gaji bersih mestilah RM3500 (Ini kena
periksa dari semasa ke semasa) sebab last aku check, kena gaji bersih RM3500.
Dan bagi RHB bank, tak silap gaji bersih mesti RM3000. Tapi itu
yang aku baca dalam laman web. Korang boleh je cuba submit dulu dokumen dekat
RHB. Cuba tak salah. Lulus itu rezeki. Tak lulus kita cuba lagi, hehehe.
0 Comments