Tolonglah ambil insurans bencana alam!
Tolonglah ambil
insurans bencana alam! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kebelakangan
ini, banyak tempat yang naik banjir. Sampaikan ada kawasan yang dah terlalu
lama tak banjir, boleh jadi banjir. Semuanya adalah kerana taburan hujan luar
biasa yang kini berlaku di Malaysia. Namun, di sebalik kejadian bencana alam
ini, bukan sahaja harta benda seperti alatan rumah dan sebagainya rosak,
kenderaan juga mengalami kerosakan teruk! Dan disinilah pentingnya insurans banjir kenderaan!
Tuntutan insurans banjir
Kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini memperlihatkan
syarikat insurans berdepan tuntutan banjir hampir RM3 Billion! Itu mereka yang
dah awal-awal ambil insurans banjir
untuk kereta. Cuba bayangkan mereka yang tak ambil insurans untuk cover
banjir ni.
Melalui perkongsian di dalam laman sosial, seorang pengguna
kenderaan berkongsi kos untuk membaik pulih kenderaan yang baru dipakainya
beberapa bulan hampir mencecah puluhan ribu ringgit. Cuba banyangkan kalau tak
ada insurance dan kita kena keluar duit sendiri. Ish!
Aku nak bercerita lanjut mengenai insurance untuk banjir
pun, tak berapa nak mahir sangat kerana aku bukanlah agent insurance, namun,
belajar daripada isu yang berlaku ini, sudah ramai yang membuka mata kepada
pentingnya untuk mengambil insurance ini kerana tak siapa tahu apa yang bakal
terjadi.
Insurance kereta tidak sama dengan insurance bencana alam!
Mungkin ramai yang berfikir, insurance kereta kita cover
untuk semua, tapi ternyata ramai yang silap. insurans cover banjir perlu di tambah sewaktu kita “renew roadtax”.
Untuk insurance bencana alam ini, ianya bukan sahaja
merangkumi banjir sahaja, malah kejadian bencana alam yang lain seperti tanah
runtuh, pokok tumbang (dan merosakkan kenderaan) dan sebagainya.
Ambil contoh harga insurance kenderaan biasa yang perlu kita
bayar adalah RM800. Dan jika kita mahu ambil insurans banjir kenderaan, kita
perlu tambah lebih kurang RM100 (harga ini mungkin berubah). Dan insurance
inilah yang akan cover jika kenderaan kita terlibat dengan kejadian .
Cara claim insurans kereta banjir.
Baik, dah tahu kan tentang insurans banjir untuk kereta? Sekarang aku kongsikan pula cara
macamana nak claim kereta banjir.
#1. Kena ambil gambar bukti kejadian. Dan catatkan masa serta
lokasi kejadian tersebut. Pastikan sewaktu ambil gambar kenderaan itu, Nampak
no plat kenderaan korang.
#2. Buat laporan polis sebabnya pihak insurans pasti akan
minta laporan polis. Dan jangan ambil masa yang terlalu lama ya untuk buat
laporan polis. Jangan sampai seminggu baru nak buat laporan polis. Tak silap report
polis mesti di buat dalam tempoh 48 jam sahaja.
#3. Jangan sesekali hidupkan enjin kereta anda. Cuba bayangkan
kereta dah tengelam banjir. Boleh jadi ada bahagian kereta termasuk enjin yang
dah di masuki air. Kemudian korang hidupkan enjin pulak, terus jammed! Jadi pastikan
jangan sesekali hidupkan enjin kereta ya!
#4. Proses terakhir adalah, tow kereta korang ke bengkel
yang ada cover insurans kereta banjir ni. Ini untuk mempercepatkan lagi proses claim insurans kereta banjir.
0 Comments