facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy

 

tema baju raya 2022

Kes naya betul.. | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesihatan yang baik buat diri dan keluarga, alhamdulilah. Apa tema baju raya 2022 korang tahun ini? Apakah kita sama team tema baju raya warna hijau? Yang sebenarnya aku jenis yang tak kisah pun nak pakai yang sama ke, tak sama ke, mana-mana pun boleh, aku jenis ikut je. Tapi itulah, bila kita cari last minit, saiz baju tu dah susah nak jumpa, yang tinggal semua saiz kecil sahaja.

tema baju raya warna hijau

Dalam Melaka ini, ikutkan memang banyak je yang jual baju raya. Tapi macam aku ada cakapkan di awal tadi, nak cari saiz tu yang payah sikit. Aku pakai saiz L. Boleh dikatakan saiz yang paling popular la. Puas juga mencari baju melayu warna hijau saiz L, tapi kecundang! Yang tinggal semua saiz s dan XS. Mana mahunya pakai saiz macam itu, hahaha.

Kalau ada pun, jenis baju kurta lelaki 2022 warna hijau saiz L. Ikutkan, boleh je nak pakai, lagi mudah sebab pakai seluar biasa sahaja. Tapi tahun ini macam terasa nak pakai samping songket eksklusif. Tengok orang pakai sebelum ini, macam smart! Jadi kita pun nak juga pakai walaupun rasa macam, eh! Boleh ke aku pakai sebab, yelah, perut 1 pax ni ada payah sedikit, hahaha.

sampin songket raya

Nak cari sampin songket ni tak susah mana, mana-mana kedai pun ada. Mungkin sebab tak ramai yang nak pakai sampin kut. Sebab yang paling penting sebenarnya baju raya tu, sampin ni macam tambahan sahaja.

Tapi aku berkenan betul dengan sampin songket raya yang warna warni tu. Lagi satu warna putih. Fuh! Nampak kemas betul kalau pakai dengan baju melayu kan? Memang dah lama teringin nak pakai, dan alhamdulilah semalam dapat beli satu. Dan syukur jugak akhirnya dapat juga baju melayu saiz L semalam! Baru lah kena tema baju raya warna hijau!

Kes naya betul..

Tapi dalam pada keasyikan dapat baju melayu tu, terselit rasa sedih juga. Bukan apa, baju dah cantik dah, sekali seluar saiz lain! bayangkan, baju saiz L, seluar saiz XXL! Macamana nak kira tu? Kita ni dahlah tak berapa nak tinggi, pakai pulak seluar saiz xxl, kan lain betul tu? Hahahaha.

Kalau ikutkan memang malas dah nak pakai seluar, kita pakai je baju melayu dengan seluar biasa, kemudian sarung samping songket, tapi macam tak kena la tema tahun ini. Tema aku tahun ini, mesti pakai 1 set, sebab sebelum-sebelum ini, memang caca merba sikit, warna lain-lain, hahaha.

Tapi aku bersyukur jugak, sebab wife tahu menjahit. Terpaksa la dia “alter” balik seluar tu pergi saiz L balik, memang banyak kerja, tapi apa nak kata kan, dah last minit macam ini, kalau hantar ke kedai pun, bukan mereka nak terima lagi, jadi kita buat sendiri je.

Apa pun, aku nak ucap awal-awal (takut tak sempat nak ucap dalam blog ni) Selamat hari raya aidilfitri 2022 , maaf zahir dan batin. Kalau ada tulisan aku di dalam ini yang membuat korang terasa hati ke macamana ke, aku minta maaf ya. Yang lemah datangnya dari penulisan aku, yang baik semuanya datang daripada Allah.

 

kepentingan hibah

Jangan sesekali ambil hibah kalau.. | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan dan kesihatan yang baik. Dalam dunia yang semakin mencabar ni, kehidupan ramai orang mula terkesan. Dengan pendapatan banyak peniaga yang tidak menentu, belum cerita mereka yang kehilangan pekerjaan lagi, di tambah dengan sakit atau kehilangan mereka yang tersayang. Di sini pentingnya hibah kepada semua.

Apa yang dimaksud dengan hibah?

Hibah adalah pemberian oleh seseorang kepada pihak lain yang dilakukan semasa beliau hidup. Hibah ini diberikan dalam bentuk harta kepada seseorang yang masih hidup dan 100% tanpa bayaran oleh penerima.

Sebagai contoh agar mudah difahami, seorang suami mengambil hibah dalam bentuk bayaran tunai kepada si isteri. Apabila si suami meninggal dunia, isteri akan terima sejumlah bayaran mengikut daripada jumlah yang telah dipersetujui oleh suami.

Hibah bukan sekadar pemberian wang tunai sahaja, boleh jadi pemberian harta yang lain seperti rumah dan sebagainya.

Apakah kelebihan hibah dalam pengurusan harta?

Banyak kelebihan pengambilan hibah ini, antaranya adalah harta hibah tidak termasuk di dalam pembahagian faraid. Ini membawa maksud, jika si suami meninggal dunia, pampasan hibah akan diberikan terus kepada si isteri tanpa melalui apa-apa proses. Dan isteri adalah penerima mutlak.

Berbeza dengan harta yang lain, ianya akan diberikan berdasarkan hukum faraid.

Berbalik kepada cerita di awal tadi, dalam dunia yang serba mencabar ini, hibah merupakan di antara benteng buat si isteri jika apa-apa berlaku kepada suami. Atau boleh jadi keduanya. Ajal maut tak siapa yang tahu.

Jika hidup sebelum ini senang, ianya belum tentu menjadi senang jika berlaku kematian kepada sesiapa. Si suami mungkin meninggalkan hutang. Jika isteri seorang suri rumah sepenuh masa, ianya pasti menjadikan situasi ini menjadi lebih teruk.

Dengan adanya hibah, ianya boleh mengurangkan kesan yang dialami si isteri. Isteri boleh menarik sedikit nafas lega yang merancang untuk masa hadapannya sama ada sendirian atau bersama anak-anak.

Namun, jika simpanan kewangan atau harta sudah mencukupi atau melebihi, tak perlulah ambil hibah. Tapi tiada salahnya juga, kerana tiada halangan untuk sesiapa pun. Kerana hibah ini bertujuan untuk memberi kemudahan serta melindungi penama selepas kematian seseorang.

Jika korang inginkan maklumat lebih lanjut mengenai hibah ini, korang boleh rujuk info di bawah. Penerangan diberikan secara percuma, korang boleh dapatkan info lengkap di sini ya:

Aien Mohammad

011-1645 1011

 

10 malam terakhir ramadan

Semakin menghampiri ke penghujung bulan Ramadhan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, kita dah berada pada hari ke 24 di dalam bulan Ramadan. Syukur alhamdulilah, negara kita Malaysia masih aman dan kita dapat berpuasa dengan baik di sini, syukur alhamdulilah. Alhamdulilah juga, rata-rata daripada kita dah terima kwsp one off  sebanyak RM10,000 melalui pengeluaran khas kwsp. Ini juga merancakkan lagi bulan Ramadan kita tahun ini kerana hampir keseluruhan bazaar Ramadan pada tahun ini penuh sesak!

Ramadan penuh bermakna

Setelah hampir 2 tahun kita tak dapat menyambut bulan puasa dan insyaAllah bulan syawal nanti dengan penuh rasa meriah, insyaAllah, tahun ini pastinya semua terubat. Kalau tengok dekat jalan raya ketika ini, memang penuh sesak dengan kenderaan. Pastinya, syawal yang akan disambut pada minggu depan akan meriah kembali dengan kehadiran ribuan kenderaan anak perantau yang ingin pulang beraya.

Dalam detik terakhir Ramadan 2022, apa yang aku nampak, orang mula bersesak mencari baju raya, kuih raya, perhiasan rumah dan barang kemas,hahaha. Orang beli emas macam beli keropok dekat dekat kedai runcit! Tak pernah lagi aku nampak kedai emas dekat Melaka ni semuanya penuh siap kena beratur lagi dekat luar.

Semua ini adalah kerana penangan pengeluaran khas kwsp sebanyak RM10,000 tu. Alhamdulilah juga, ramai yang mula sedar akan kepentingan simpanan emas ini. Selain kedai emas, bazaar Ramadan juga penuh sesak.

Kalau dekat Melaka, ada banyak bazaar Ramadan yang ada, diantaranya bazaar Ramadan di lotus Melaka, bazaar Ramadan di mydin ayer keroh, bazaar Ramadan di masjid tanah Melaka dan yang paling ramai dan paling sesak sampai rasa tak pergi pun tak apa, bazaar Ramadan di klebang Melaka.

Pada pemerhatian aku, bazaar di klebang ini boleh dikatakan menjual produk yang sama. Dari hujung ke hujung. Namun, apa yang menyebabkan ianya meriah adalah kerana, mungkin lokasinya dan kedua, mungkin sebab banyak sangat kedai. Bila banyak kedai, automatic, minda kita ini akan set, meriah tempat ini. Dan bila ramai yang set minda dan datang ke situ, memang ramai la kan pengunjung? Hahahaha.

10 malam terakhir ramadan 2022

Namun, dalam keterujaan kita ingin menyambut syawal, janganlah lupa pada Ramadan tahun ini. Kita kini berada dalam 10 malam terakhir ramadan 2022. Ada 1 malam yang mana kelebihannya menyamai 1000 bulan. Boleh jadi, ini Ramadan terakhir kita. Janganlah hanya mengejar dunia kerana sampai masanya nanti, akan di tinggalkan juga.

Perbanyakkanlah ibadah kita dalam malam-malam terakhir. Boleh jadi, ibadah kita akan berganda untuk 1000 bulan. Itu yang lebih penting daripada segala yang kita kejar sekarang. Semoga kita semua bertemu dengan malam tersebut, malam yang pastinya di tunggu-tunggu dan dikejar-kejar oleh seluruh umat islam di dunia.

 

menu berbuka puasa ayam golek

Menu pilihan berbuka puasa no 1 | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, hari ini merupakan hari ke enam kita berada di dalam bulan Ramadan. Ini bermakna, dah 6 hari juga kita berpuasa. Harap semua masih ok la ye! Haha. Sebenarnya, bila cakap pasal puasa ni ok ke tidak, teringat dekat anak-anak, tapi kali ini, bukan nak cerita pengalaman mereka berpuasa tapi nak cerita pasal Menu pilihan berbuka puasa no 1 Mr Ejoy!

menu berbuka puasa ayam golek

Aku sendiri tak pasti sama ada aku pernah kongsikan di dalam blog mrejoy.com ini atau tidak yang bila mana masuk sahaja bulan puasa, aku akan jadi tak keruan bila tengok ayam golek! Walhal, bulan lain pun ada kan jual ayam golek ni, tak tahu kenapa, bila bulan puasa jek, dia nampak lain.

Boleh dikatakan, lauk berbuka puasa mesti kena ada ayam golek. Beli pulak bukan separuh! Beli seekor dan jawapan habis ke tidak dah tentulah tidak! Erks, hehehe. Tapi betul cakap ni, boleh kata, hari-hari mesti nak kena beli ayam golek untuk makan waktu berbuka nanti.

Kadang, memang rasa membazir pun. Sebab dalam family, memang aku sorang je yang nampak ayam golek ni macam wow! Yang lain semua macam krik krik la jugak. Takat ambil sedikit buat penyeri berbuka sahaja.

Kadang bila kawan Tanya, apa eh menu berbuka puasa selain nasi? Jawapan aku mestilah ayam golek! Hahaha. Makan pula dengan sos istimewa dia kan, lagi la umph! Ha, cerita pasal ayam golek ni, yang buatkan dia jadi special ialah sos dia! Kalau ayam umph tapi sos biasa biasa, tetap juga tidak menjadi pilihan, hehe.

menu air untuk berbuka puasa

cerita pasal air untuk berbuka puasa pulak, di antara air yang menjadi pilihan dah tentulah air tebu. Tapi aku sebenarnya lebih suka air tebu hitam. Menu ni macam susah nak cari memandangkan banyak peniaga yang menjual air tebu hijau tu kan?

Selain air tebu, air kathira juga di antara air yang sering menjadi pilihan untuk berbuka. Tapi, dalam zaman serba moden ni, macam-macam air kita boleh jumpa dekat bazar Ramadan. Ada menu yang biasa dan di olah menjadi luar biasa. Dan ada juga menu yang kita tak pernah jumpa pun, tapi ada di bazar Ramadan.

Apa pun, bercerita pasal menu berbuka puasa ni, bukanlah kata beriya sangat, tapi itulah, berbuka puasa ini juga satu nikmat didalam bulan Ramadan ini, jadinya tetap juga bersyukur kita mampu berbuka dengan selesa dan ada rezeki untuk kita. Masih ramai saudara kita di luar sana yang nak berbuka pun tak ada lauk. Jadi sentiasalah bersyukur dengan segala nikmat yang ada ya!

Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ▼  2022 (23)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ▼  April (4)
      • Kes naya betul..
      • Jangan sesekali ambil hibah kalau..
      • Semakin menghampiri ke penghujung bulan Ramadhan
      • Menu pilihan berbuka puasa no 1
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (8)
    • ►  April (17)
    • ►  March (19)
    • ►  February (19)
    • ►  January (21)
  • ►  2020 (82)
    • ►  December (4)
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  May (7)
    • ►  April (6)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ►  2019 (50)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ►  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ►  July (17)
    • ►  June (6)
    • ►  May (25)
    • ►  April (28)
    • ►  March (24)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  October (19)

My Blog List

  • VOCKET
    SKMM Arahkan Syarikat Telekomunikasi Halang Pautan URL Dalam SMS
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Maksud Doa qunut subuh
  • Aliff Channel
    Pengemis Warga Asing Raih Pendapatan RM500 Sehari?
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Kos Yuran Masuk ke MRSM Tingkatan 1
  • Bro Framestone
    Selebriti Hadir Memeriahkan Nostalgia Retro Raya & MAHA BUFFET di Maeps, Serdang
  • The Patriots
    Genting Bidai: Laluan Lama Selangor-Pahang
  • It's Poobritney!
    Special Announcement for All of You!
  • sayidahnapisahdotcom
    Senarai Penuh Kabinet Baru Menteri Malaysia PM Anwar 2022
  • MrEjoy
    Baru ada peluang untuk menulis..
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates