Jangan sesekali ambil hibah kalau..
Jangan sesekali ambil hibah kalau.. | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan dan kesihatan yang baik. Dalam
dunia yang semakin mencabar ni, kehidupan ramai orang mula terkesan. Dengan pendapatan
banyak peniaga yang tidak menentu, belum cerita mereka yang kehilangan
pekerjaan lagi, di tambah dengan sakit atau kehilangan mereka yang tersayang. Di
sini pentingnya hibah kepada semua.
Apa yang dimaksud dengan hibah?
Hibah
adalah pemberian oleh seseorang kepada pihak lain yang dilakukan semasa beliau
hidup. Hibah ini diberikan dalam bentuk harta kepada seseorang yang masih hidup
dan 100% tanpa bayaran oleh penerima.
Sebagai
contoh agar mudah difahami, seorang suami mengambil hibah dalam bentuk bayaran
tunai kepada si isteri. Apabila si suami meninggal dunia, isteri akan terima
sejumlah bayaran mengikut daripada jumlah yang telah dipersetujui oleh suami.
Hibah bukan
sekadar pemberian wang tunai sahaja, boleh jadi pemberian harta yang lain
seperti rumah dan sebagainya.
Apakah kelebihan hibah dalam pengurusan harta?
Banyak kelebihan
pengambilan hibah ini, antaranya adalah harta hibah tidak termasuk di dalam pembahagian
faraid. Ini membawa maksud, jika si suami meninggal dunia, pampasan hibah akan
diberikan terus kepada si isteri tanpa melalui apa-apa proses. Dan isteri
adalah penerima mutlak.
Berbeza dengan
harta yang lain, ianya akan diberikan berdasarkan hukum faraid.
Berbalik kepada
cerita di awal tadi, dalam dunia yang serba mencabar ini, hibah merupakan di
antara benteng buat si isteri jika apa-apa berlaku kepada suami. Atau boleh
jadi keduanya. Ajal maut tak siapa yang tahu.
Jika hidup
sebelum ini senang, ianya belum tentu menjadi senang jika berlaku kematian
kepada sesiapa. Si suami mungkin meninggalkan hutang. Jika isteri seorang suri
rumah sepenuh masa, ianya pasti menjadikan situasi ini menjadi lebih teruk.
Dengan
adanya hibah, ianya boleh mengurangkan kesan yang dialami si isteri. Isteri boleh
menarik sedikit nafas lega yang merancang untuk masa hadapannya sama ada
sendirian atau bersama anak-anak.
Namun, jika
simpanan kewangan atau harta sudah mencukupi atau melebihi, tak perlulah ambil
hibah. Tapi tiada salahnya juga, kerana tiada halangan untuk sesiapa pun. Kerana
hibah ini bertujuan untuk memberi kemudahan serta melindungi penama selepas
kematian seseorang.
Jika korang
inginkan maklumat lebih lanjut mengenai hibah ini, korang boleh rujuk info di
bawah. Penerangan diberikan secara percuma, korang boleh dapatkan info lengkap
di sini ya:
Aien Mohammad
011-1645 1011
1 Comments
Terima kasih atas perkongsian
ReplyDelete