Menu pilihan berbuka puasa no 1
Menu pilihan berbuka puasa no 1 | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Alhamdulilah, hari ini merupakan hari ke enam kita berada di dalam
bulan Ramadan. Ini bermakna, dah 6 hari juga kita berpuasa. Harap semua masih
ok la ye! Haha. Sebenarnya, bila cakap pasal puasa ni ok ke tidak, teringat
dekat anak-anak, tapi kali ini, bukan nak cerita pengalaman mereka berpuasa
tapi nak cerita pasal Menu pilihan
berbuka puasa no 1 Mr Ejoy!
menu berbuka puasa ayam golek
Aku sendiri
tak pasti sama ada aku pernah kongsikan di dalam blog mrejoy.com ini atau tidak
yang bila mana masuk sahaja bulan puasa, aku akan jadi tak keruan bila tengok
ayam golek! Walhal, bulan lain pun ada kan jual ayam golek ni, tak tahu kenapa,
bila bulan puasa jek, dia nampak lain.
Boleh dikatakan,
lauk berbuka puasa mesti kena ada ayam golek. Beli pulak bukan separuh! Beli
seekor dan jawapan habis ke tidak dah tentulah tidak! Erks, hehehe. Tapi betul
cakap ni, boleh kata, hari-hari mesti nak kena beli ayam golek untuk makan
waktu berbuka nanti.
Kadang, memang
rasa membazir pun. Sebab dalam family, memang aku sorang je yang nampak ayam
golek ni macam wow! Yang lain semua macam krik krik la jugak. Takat ambil
sedikit buat penyeri berbuka sahaja.
Kadang bila
kawan Tanya, apa eh menu berbuka puasa selain nasi? Jawapan aku mestilah ayam
golek! Hahaha. Makan pula dengan sos istimewa dia kan, lagi la umph! Ha, cerita
pasal ayam golek ni, yang buatkan dia jadi special ialah sos dia! Kalau ayam
umph tapi sos biasa biasa, tetap juga tidak menjadi pilihan, hehe.
menu air untuk berbuka puasa
cerita
pasal air untuk berbuka puasa pulak, di antara air yang menjadi pilihan dah
tentulah air tebu. Tapi aku sebenarnya lebih suka air tebu hitam. Menu ni macam
susah nak cari memandangkan banyak peniaga yang menjual air tebu hijau tu kan?
Selain air
tebu, air kathira juga di antara air yang sering menjadi pilihan untuk berbuka.
Tapi, dalam zaman serba moden ni, macam-macam air kita boleh jumpa dekat bazar Ramadan.
Ada menu yang biasa dan di olah menjadi luar biasa. Dan ada juga menu yang kita
tak pernah jumpa pun, tapi ada di bazar Ramadan.
Apa pun,
bercerita pasal menu berbuka puasa ni, bukanlah kata beriya sangat, tapi
itulah, berbuka puasa ini juga satu nikmat didalam bulan Ramadan ini, jadinya
tetap juga bersyukur kita mampu berbuka dengan selesa dan ada rezeki untuk
kita. Masih ramai saudara kita di luar sana yang nak berbuka pun tak ada lauk. Jadi
sentiasalah bersyukur dengan segala nikmat yang ada ya!
0 Comments