Semakin menghampiri ke penghujung bulan Ramadhan
Semakin menghampiri ke penghujung bulan Ramadhan | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Alhamdulilah, kita dah berada pada hari ke 24 di dalam bulan Ramadan.
Syukur alhamdulilah, negara kita Malaysia masih aman dan kita dapat berpuasa
dengan baik di sini, syukur alhamdulilah. Alhamdulilah juga, rata-rata daripada
kita dah terima kwsp one off sebanyak
RM10,000 melalui pengeluaran khas kwsp. Ini juga merancakkan lagi bulan Ramadan
kita tahun ini kerana hampir keseluruhan bazaar Ramadan pada tahun ini penuh
sesak!
Ramadan penuh bermakna
Setelah hampir
2 tahun kita tak dapat menyambut bulan puasa dan insyaAllah bulan syawal nanti
dengan penuh rasa meriah, insyaAllah, tahun ini pastinya semua terubat. Kalau tengok
dekat jalan raya ketika ini, memang penuh sesak dengan kenderaan. Pastinya,
syawal yang akan disambut pada minggu depan akan meriah kembali dengan
kehadiran ribuan kenderaan anak perantau yang ingin pulang beraya.
Dalam detik
terakhir Ramadan 2022, apa yang aku nampak, orang mula bersesak mencari baju
raya, kuih raya, perhiasan rumah dan barang kemas,hahaha. Orang beli emas macam
beli keropok dekat dekat kedai runcit! Tak pernah lagi aku nampak kedai emas
dekat Melaka ni semuanya penuh siap kena beratur lagi dekat luar.
Semua ini adalah
kerana penangan pengeluaran khas kwsp sebanyak RM10,000 tu. Alhamdulilah juga,
ramai yang mula sedar akan kepentingan simpanan emas ini. Selain kedai emas,
bazaar Ramadan juga penuh sesak.
Kalau dekat
Melaka, ada banyak bazaar Ramadan yang ada, diantaranya bazaar Ramadan di lotus
Melaka, bazaar Ramadan di mydin ayer keroh, bazaar Ramadan di masjid tanah Melaka
dan yang paling ramai dan paling sesak sampai rasa tak pergi pun tak apa,
bazaar Ramadan di klebang Melaka.
Pada pemerhatian
aku, bazaar di klebang ini boleh dikatakan menjual produk yang sama. Dari hujung
ke hujung. Namun, apa yang menyebabkan ianya meriah adalah kerana, mungkin
lokasinya dan kedua, mungkin sebab banyak sangat kedai. Bila banyak kedai, automatic,
minda kita ini akan set, meriah tempat ini. Dan bila ramai yang set minda dan
datang ke situ, memang ramai la kan pengunjung? Hahahaha.
10 malam terakhir ramadan 2022
Namun,
dalam keterujaan kita ingin menyambut syawal, janganlah lupa pada Ramadan tahun
ini. Kita kini berada dalam 10 malam terakhir ramadan 2022. Ada 1 malam yang
mana kelebihannya menyamai 1000 bulan. Boleh jadi, ini Ramadan terakhir kita. Janganlah
hanya mengejar dunia kerana sampai masanya nanti, akan di tinggalkan juga.
Perbanyakkanlah
ibadah kita dalam malam-malam terakhir. Boleh jadi, ibadah kita akan berganda
untuk 1000 bulan. Itu yang lebih penting daripada segala yang kita kejar
sekarang. Semoga kita semua bertemu dengan malam tersebut, malam yang pastinya
di tunggu-tunggu dan dikejar-kejar oleh seluruh umat islam di dunia.
0 Comments