Bersedia dengan kejatuhan ekonomi dan krisis
makanan |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sana sini orang cerita pasal krisis
makanan yang bakal terjadi. Baru-baru ini, india telah menyekat export gandum
mereka kerana kegusaran mereka dengan krisis makanan dunia yang bakal terjadi. Dan
di negara kita juga, banyak tersebar berita yang makanan berasaskan tepung
mampu bertahan lebih kurang 2 bulan sahaja lagi.
Melihat kepada
kegusaran ini, maka ramailah yang mula menyimpan stok makanan di rumah. Dan pastinya
di antara stok makanan yang paling laris ketika ini adalah tepung gandum. Selain
tepung gandum, makanan berasaskan gandum juga menjadi pilihan ramai.
Kalau tengok
dekat pasaraya ketika ini, dah banyak makanan yang dah habis. Semua jadi takut!
Manakan tidak, cuba bayangkan makanan dah habis/kurang. Pasti akan jadi kacau
bilau nanti kan? Kalau ada pun makanan, harga pula dah tentu mahal!
Tak pernah turun!
Kalau tengok
pada setiap harga yang naik dekat Malaysia ini, rasanya tak ada satu pun yang
turun! Dah naik, akan terus naik dan naik. Sementara itu, taraf hidup kita
disini masih kekal seperti dulu. Namun, kerajaan Malaysia baru-baru ini telah
mengumumkan taraf minima gaji kini dinaikkan kepada RM1500 kan, ini juga adalah
berita yang mengembirakan bagi ramai pihak.
Tapi,
bagaimana pula dengan mereka yang bekerja sendiri? Dengan kenaikkan harga
barang yang semakin tinggi, pastinya ramai yang akan terkesan. Itu belum cerita
mereka yang kehilangan kerja dan masih dalam usaha mencari kerja ketika ini.
Ramalan kejatuhan ekonomi.
Ramai
sebenarnya yang telah meramalkan kejatuhan ekonomi bakal berlaku selepas
daripada wabak covid ni. Kalau tengok nilai matawang kita, semakin hari semakin
menunjukkan nilai yang menurun. Namun, bukan negara kita sahaja yang terkesan
dengan kemerosotan ekonomi ini, banyak negara lain yang terkesan sebenarnya.
Oleh yang
demikian, dalam keadaan ekonomi yang mencabar kini, di tambah pula dengan
kenaikan harga barang, adalah lebih baik kita hidup berjimat cermat. Hidup seadanya.
Bukan apa, takut kalau ianya menjadi lebih teruk, kita dah tak mampu nak buat
apa.
Negara kita
pernah berhadapan dengan krisis ekonomi yang teruk pada tahun 1997 ( kalau tak
silap). Waktu ini aku baru darjah 5. Jadinya tak berapa nak rasa sangat dengan
masalah ini. Tambah pula, arwah ayah ketika itu masih berkhidmat di dalam
angkatan tentera, terjamin sedikit hidup ketika itu.
Namun, bila
baca cerita mereka yang terkesan waktu itu, memang rasa takut. Tambah pula di
dalam zaman sekarang, aku pula yang menyara keluarga, jadi, rasa berhati-hati
itu memang banyak.
Apa pun,
sediakan payung sebelum hujan. Sementara masih ada peluang ini, marilah kita
sama-sama beringat ya.