Cerita huru hara Raya Aidilfitri 2022
Cerita huru hara Raya Aidilfitri 2022 | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesihatan yang baik buat diri dan
keluarga. Hari ini merupakan hari ke 11 kita berada di dalam bulan syawal. Ini bermakna,
mood raya tu masih ada dan pastinya, ramai yang buat open house kan? Selepas 1
malaysia dikejutkan dengan hari raya aidilfitri yang tiba-tiba jatuh pada hari
isnin (ikut dalam calendar, sepatutnya jatuh pada hari selasa) pastinya banyak
cerita-cerita menarik mengenai raya terkejut 2022 ini kan?
Raya terkejut 2022
Kisahnya bermula
apabila mundar mandir cerita yang raya aidilfitri 2022 akan di sambut pada 2
may 2022. Walhal, tengok dalam calendar, raya sepatutnya pada 3 may 2022. Kita ni
rakyat Malaysia, macam biasalah, kan suka buat kerja last minute. Dan ada juga
barang-barang yang memang kena ambil last minute contohnya macam lemang dan
ketupat.
Kalau esok
raya, hari ini baru kita ambil. Jaranglah kita ambil 2 atau 3 hari awal. Dan bilamana
penyimpan mohor besar raja-raja mengumumkan raya jatuh hari isnin, maka huru
hara lah sekejap negara Malaysia! Hahaha.
Manakan tidak,
apa pun tak siap lagi! Dengan baju raya nya, dengan ketupat rendangnya lagi,
macam-macam.
Raya aidilfitri
sememangnya di sambut dengan sangat meriah di sini. Tambahan pula, dah 2 tahun
kita tak beraya dek kerana PKP kan. Jadinya, bila tahun ini dapat beraya, mesti
kita nak raya betul-betul kan? Hehehe.
Bila dah
rancang, tiba-tiba raya mengejut! Huru hara di buatnya! Kalau bercerita
mengenai keluarga aku, memang tiap raya akan masak ketupat, tapi bila dah
mengejut macam ini, ketupat pun tak sempat siap! Hahaha. Belum cerita baju raya
lagi, kain je ada, bajunya belum nampak rupa.
Lebuhraya utara selatan jammed teruk!
Bila dah
dapat beraya, pasti ramai yang nak balik kampung kan? Memang dah jadi rutin
tiap tahun, bila beraya sahaja, highway mesti jammed teruk. Kalau highway
jammed teruk, mesti time raya, hahaha.
Dan seperti
yang di duga, Lebuhraya utara selatan
jammed teruk! Rasanya, inilah yang paling teruk selama mana aku pulang
beraya. Dengan kereta manual nya, aduhai, rasa macam nak tercabut lutut ni. Di antara
jalan yang paling teruk pastinya di perak. Bayangkan, kalau kayuh basikal pun,
rasa lagi laju.
Tapi itulah,
bila sebut pasal raya, pasti ianya berkenaan highway jammed kan? Kalau raya,
highway tak penuh tu, bukan raya namanya, hahaha.
Apa pun, macam-macam cerita pahit manis pengalaman raya 2022 ini kan? Kalau nak di tulis, memang jadi novel nanti. Namun pastinya, raya tahun ini akan menjadi kenangan buat semua. Kenangan yang akan di ingat sampai bila-bila. Punyalah huru hara kan raya aidilfitri 2022?
0 Comments