Susahnya nak cari kerja sekarang ni
Susahnya nak cari kerja sekarang ni | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesihatan buat diri dan keluarga,
syukur alhamdulilah. Baik, raya aidilfitri 2022 terkejut dah pun melabuhkan
tirainya. Selepas 2 tahun kita tak dapat beraya, nampaknya tahun ini kita
beraya sungguh! Manakan tidak, siap dapat duit kocek RM10,000 kan? Semoga masih
ada berbekal lah duit itu untuk kegunaan waktu kecemasan kita nanti ya!
Baik! Kali ini
aku bukan nak cerita pasal raya, tapi lebih kepada susahnya nak cari kerja
ketika ini. Kalau tengok pada pengumuman kerajaan baru-baru ini yang telah
menaikkan gaji minimum kepada RM1500, rasanya tak semua syarikat yang telah
aplikasi gaji ini dalam syarikat mereka.
Selepas pandemic,
banyak sebenarnya syarikat yang cuba bangun semula. Ini belum cerita, ramainya
yang terkesan akibat dibuang kerja. Dan dalam kata mudahnya, ramai yang sedang
mencari kerja ketika ini. Terlalu ramai.
Aku lihat
sekeliling aku, boleh kata semuanya ada sijil yang mahal-mahal. Pun masih
mencuba mencari kerja di sana sini. Cuba bayangkan pula dengan mereka yang tak
punya apa-apa sijil dan dalam masa yang sama, nak cari kerja.
Dengan tak
punya sijil yang mahal, di tambah pula dengan factor umur yang semakin
meningkat, ini adalah cabaran buat rakan-rakan yang sedang struggle ketika ini.
Keluhan demi keluhan yang dapat kita dengar saban hari, tapi apakan daya, kita
juga cari makan.
Harga barang semakin mengila!
Dengan kerja
tiada, pastinya kewangan semakin berkurang, di tambah pula dengan harga barang
yang semakin naik! Boleh kata semua barang tengah naik harga sekarang ni! Ramai
sebenarnya yang hidup tertekan ketika ini.
Cuba tengok
sekeliling kita, mesti ada seorang dua yang berada dalam situasi ini kan? Belum
tengok seluruh daerah, negeri atau negara.
Apa pun,
percayalah, rezeki Allah maha luas rakan-rakan ku sekalian. Teruslah berdoa dan
berusaha. Pasti ada jalan buat sahabat-sahabat semua. Allah dengar setiap doa
dari kita. Jadi, janganlah putus berdoa padanya. Teruskan berusaha, pasti ada
sinar di hujungnya.
0 Comments