Baru ada peluang untuk menulis..
Baru ada peluang
untuk menulis.. |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak lama jugak tidak menulis. Post terakhir
yang aku tulis adalah pada bulan 6. Sekarang dah masuk bulan 10, ini bermakna
dah 4 bulan jugak tidak menulis. Banyak juga yang berlaku sepanjang 4 bulan
ini. Daripada aku mula mencari kerja baru dan kemudian dapat kerja baru tapi
aku tolak kerana alasan untuk ke jepun pada bulan 11 nanti dan pelbagai kisah-kisah
menarik yang lain.
Cerita pasal kerja
baru, aku sekarang masih berada di syarikat yang sama untuk tempoh 16 tahun lamanya.
Bila aku bercerita pasal kerja baru, ramai yang tanya, tak sayang ke dengan kerja
sekarang. Yelah, 16 tahun bukanlah tempoh yang singkat. Pasti ada banyak
kenangan di sini.
Namun, setiap daripada
keputusan kita pasti datang dengan jawapan yang terbaik kan. Dan begitulah juga
dengan keputusan aku untuk berhenti kerja. Bila dah buat keputusan, maka kena
datang dengan usaha. Dan sepanjang 4 bulan ini, dah macam-macam tempat aku
pergi untuk temuduga.
Daripada sekecil-kecil
jawatan sehinggalah ke sebesar-besar jawatan, semua aku pergi temuduga. Tidak aku
nafikan, memang banyak cabarannya. Bayangkan pengalaman aku temuduga 16 tahun
dulu dah tak sama macam di tahun 2022 ini.
Bermula daripada
resume kemudian membawa kepada soalan-soalan semasa temuduga, semuanya dah berubah
sekarang ini, dah tak sama macam dulu. Dan syukur alhamdulilah, Allah gerakkan
hati untuk banyak belajar dengan linked (buat korang yang nak mencari kerja,
perlu ada akaun linked ya).
Linked ini tak sama
macam akaun sosial media yang lain macam facebook, twitter dan sebagainya. Akaun
ini khas untuk golongan professional. Dekat sini lebih banyak cerita pasal
kerja sahaja. Dan dekat sini juga kita boleh jumpa CEO syarikat besar atau
kecil, General manager dan sebagainya.
Dan disini jugalah, kita
boleh cari kerja. Banyak peluang kerja di laman sosial ini. Jadinya, buat
mereka yang tengah cari kerja tu, aku cadangkan korang buat akaun linked, ok! Baiklah,
balik semula pada cerita aku cari kerja tu, syukur alhamdulilah, aku di terima
kerja di satu tempat.
Terpaksa tolak
jawatan yang sangat baik!
Mengikut pada tawaran
kerja yang aku terima, aku sepatutnya lapor diri pada oktober 2022 iaitu pada bulan
ini. Namun aku terpaksa tolak kerana aku berpeluang ke japan untuk pertama
kalinya selepas berkhidmat selama 16 tahun di syarikat tempat aku kerja sekarang.
Bukanlah tak pernah
keluar untuk business trip. Rasanya banyak kali juga aku di hantar ke luar
negara bagi tujuan peniagaan baru cumanya belum pernah lagi aku sampai ke japan.
Dan kalaulah aku dah beberapa kali ke sana, pastinya aku terima tawaran kerja
yang baru ini dan letak jawatan di tempat kerja sekarang.
Peluang untuk ke japan
ini, pastilah satu peluang yang mungkin aku tak akan dapat lagi pada masa
mendatang. Jadinya, setelah berfikir secara dalam, aku inginkan pengalaman
tersebut. Dan secara baiknnya, aku sampaikan Hasrat aku kepada “management baru”
yang aku terpaksa tolak “sementara waktu” jawatan tersebut.
Pada aku, pengalaman
adalah sesuatu yang sangat berharga. Ianya tak boleh dibeli dengan wang
ringgit. Dan kerja baru, aku boleh usaha lagi. Dan atas sebab itulah, aku tolak
secara baik dan pilih untuk ke japan.
Aku akan ke japan pada
bulan November ini. Semoga Allah permudahkan urusan di sana nanti. Bila di sana
nanti, adalah sedikit yang boleh aku ceritakan dekat blog mrejoy.com ini nanti
kan? Ehehe. Itupun, kalau ada mood nak menulis la. Al maklumlah, makin
meningkat usia ini, makin malas pula nak menulis, hehehe.
0 Comments