Siapa Mr Ejoy - MrEjoy

Post Top Ad

ad

Siapa Mr Ejoy


Siapa Mr Ejoy?

Mr ejoy adalah seorang penulis yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang blogger yang berjaya! Bohong kalau cakap tidak mahu jana pendapatan dari blog kerana itu adalah impian hampir semua blogger. Mr ejoy juga berimpian tinggi ingin menjadi seorang travel blogger yang berjaya. Menjelajah seluruh dunia dan menulis, bukankah ianya suatu yang menyeronokkan?

Suka menulis mengenai hal kehidupan, hal semasa, makanan, travel, percutian dan macam-macam lagi. Sudah berumahtangga dan memiliki 3 orang anak dan seorang isteri.

Tak suka senyum! Pada orang yang tak kenal tapi sangat mesra bila dah jadi kawan. Ramai yang cakap Mr ejoy ni sombong sebab benda ni. Sebenarnya tidak! Mr ejoy tak sombong orangnya. Cuba kenal dulu, baru tahu siapa. hehehehe.

Sangat sukakan Motosikal berkuasa tinggi. Kiranya fanatik la. Tapi masih belum punya rezeki untuk memilikinya. Keluarga dan anak-anak lebih penting kan. Jadi kita dahulukan yang penting dahulu.

Suka makan Mee, Mihun dan Kue Tiau. Tak suka makan nasi (kurang makan nasi) suka makan buah, jagung, laksa, daging dan roti. Selera macam mat saleh kan? Hahahaha.

Hmm, apa lagi ya? Suka tengok filem aksi, fiksyen, cinta tapi tak suka tengok cerita hantu! Jangan ajak Mr Ejoy tengok cerita hantu ya! huhuhu.

Ha! Suka menyanyi juga. Jom join Mr ejoy di smule! Search sahaja Mrejoy. hehehe.

Rasanya itu sahaja dulu tentang Mr ejoy. Akan di tambah dari semasa ke semasa ya! 😁

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here